top of page

Kerajaan MADANI fokus terjemah kestabilan ekonomi buat manfaat rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 days ago
  • 1 min read

Kerajaan MADANI akan terus memberi keutamaan kepada usaha menangani kos sara hidup dan memastikan kestabilan ekonomi negara terus terpelihara.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keutamaan itu termasuk usaha meningkatkan kemudahan berurus niaga penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dapat diterjemahkan kepada manfaat yang jelas kepada rakyat.


"Keutamaan adalah untuk pastikan bukan hanya ekonomi negara terus berada di landasan yang betul isu yang dihadapi oleh rakyat terutama sama ada kos sara hidup atau the ease of doing business.


"Mudah untuk melakukan aktiviti-aktiviti perniagaan, menjadi satu keutamaan dan komunikasi kerajaan untuk pastikan hasil usaha apa disebut sebagai stability dividen, hasil daripada kestabilan yang telah diperoleh sepanjang 38 bulan Kerajaan MADANI mentadbir benar-benar membuahkan hasil," katanya dipetik.


Fahmi sebelumnya menghadiri Permukiman Kerajaan MADANI 2026 di Pusat Latihan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Bangi pada Ahad.


Permukiman tersebut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, barisan Jemaah Menteri dan pimpinan kerajaan Negeri termasuk Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.


"Kehadiran ketua kerajaan negeri mencerminkan kesepaduan antara kerajaan Persekutuan dan negeri. Ini satu signal yang amat penting, membuktikan kesepaduan Kerajaan Perpaduan di seluruh negara.


"Susulan permukiman itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya hasil perbincangan diterjemahkan kepada beberapa program yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat," tambah Menteri Komunikasi itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page