top of page

Kerajaan MADANI dalam proses gubal undang-undang tangani judi online

  • 7 hours ago
  • 1 min read

Kerajaan MADANI terus memperkukuh komitmen membanteras gejala judi haram termasuk perjudian dalam talian menerusi penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) baharu yang lebih tegas dan menyeluruh.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (gambar) berkata RUU berkenaan dijangka dibentangkan selewat-lewatnya pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.


Menurut beliau, isu judi haram khususnya dalam talian perlu ditangani secara serius bagi melindungi kesejahteraan sosial rakyat, terutama generasi muda yang semakin terdedah kepada akses tanpa sempadan melalui teknologi digital.


"Kerajaan melihat perkara ini secara serius. kerajaan sedang meneliti sama ada RUU berkenaan akan digubal sebagai akta baharu atau dibuat pindaan terhadap Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953," katanya dipetik.


Fadillah ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Geran Tahunan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kawasan Parlimen Petra Jaya, di Kuching semalam.


Beliau sementara itu berkata, penggubalan undang-undang tersebut dijangka memperkukuh aspek penguatkuasaan, sekali gus memudahkan pihak polis dan agensi berkaitan mengambil tindakan lebih berkesan terhadap sindiket perjudian dalam talian.


Polis Sarawak pada November lalu memaklumkan usaha membanteras judi dalam talian memerlukan pendekatan baharu yang seiring perkembangan teknologi.


Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah mencadangkan kerjasama strategik bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Sarawak Information Systems Sdn Bhd bagi mengenal pasti kaedah paling berkesan untuk menyekat akses kepada platform perjudian digital.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page