Kerajaan MADANI dahulukan kebajikan rakyat, atasi perbezaan politik
- Suara Keadilan

- Dec 22, 2025
- 1 min read

Kerajaan MADANI mengamalkan pendekatan inklusif yang mengutamakan kesejahteraan rakyat, menjadikan kemanusiaan sebagai keutamaan mengatasi perbezaan politik.
Ia terbukti apabila Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menerusi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) memperuntukkan RM121,000 sepanjang tahun ini bagi pelaksanaan Program Gerak Kerja Pasca Bencana (Banjir) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh Kelantan.
"Peruntukan disalurkan kepada 10 Skuad Uniti di setiap daerah. Setiap skuad menerima 1,320 unit kotak Rahmah RTCares, peralatan pembersihan serta barangan dapur bertujuan membantu penduduk di KRT yang terjejas banjir.
"Program juga bertujuan untuk menyuntik kembali semangat kepada penerima untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik," menurut Pengarah JPNIN Kelantan, Zarina Zakaria dipetik.
Kerajaan Persekutuan sering ditohmah bahawa kononnya meminggirkan neger tertentu terutama yang ditadbir pembangkang.
Pada Ogos lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat menolak tanggapan itu dengan menegaskan. angka jelas menunjukkan peruntukan diterima negeri diterajui pembangkang bukan saja meningkat, malah diperluas.
Ia termasuk menerusi pelaksanaan projek mega Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang memberi manfaat kepada rakyat di Terengganu dan Kelantan yang ditadbir Perikatan Nasional.









Comments