top of page

Kerajaan Madani bina rumah, nasib bekas pekerja 5 ladang terbela

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 7, 2024
  • 1 min read

ree

Nasib bekas pekerja Ladang Mary, Ladang Sungai Tinggi, Ladang Bukit Tagar, Ladang Nigel Gardner dan Ladang Minyak terbela apabila Kerajaan Madani di peringkat Persekutuan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk membina rumah buat mereka.


Menurut Pegawai Khas Perhubungan Masyarakat Datuk Menteri Besar Selangor, Dr Gunaraj George, 1,250 ahli keluarga bekas pekerja ladang itu boleh menarik nafas lega selepas 25 tahun menanti apabila projek pembinaan rumah melalui peruntukan RM40 juta dari Persekutuan dan RM35 juta dari Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Selangor diluluskan.


"Projek ini dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh 24 bulan yang akan diselaraskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan jumlah keseluruhan projek sebanyak RM 70 juta.


"Setelah 25 tahun, keadilan akhirnya dapat ditegakkan dan memberi satu nafas baru kepada 1250 orang ahli keluarga bekas pekerja-pekerja ladang di Hulu Selangor.


"Kerajaan Madani terus komited membantu setiap masyarakat di negara ini tanpa mengira latar belakang," katanya dalam satu kenyataan.


Susulan itu, Dr Gunaraj berkata, masyarakat India pekerja ladang amat berterima kasih dengan keprihatinan kerajaan pusat serta negeri dalam membantu menyediakan kediaman kepada bekas pekerja ladang yang telah menabur bakti menaikkan sektor perladangan negara.


Katanya dengan pembelaan itu, khusus bagi masyarakat India di kawasan Hulu Selangor, ia membuktikan kerajaan yang diterajui KEADILAN sama ada di peringkat pusat mahu pun negeri mampu menyelesaikan apa sahaja masalah rakyat.


"KEADILAN sentiasa konsisten memperjuangkan setiap hak rakyat Malaysia termasuk pekerja-pekerja ladang.


"Walaupun terdapat beberapa perkara berbangkit yang masih belum diselesaikan sepenuhnya, tekad dan iltizam setiap pimpinan KEADILAN akan memastikan setiap masalah berbangkit akan dapat diselesaikan dengan harmoni dan tuntas," katanya lagi.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page