top of page

'Kerajaan Madani berteraskan nilai Islam, mustahil buka kasino'



Tohmahan kononnya berlaku rundingan di antara Perdana Menteri (PM) dan beberapa taikun industri perjudian oleh media antarabangsa Bloomberg jelas berniat tidak baik dan mahu mencalar reputasi pentadbiran Kerajaan Madani di mata rakyat Malaysia.


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, tidak mungkin Kerajaan Madani yang berlandaskan falsafah dan nilai pentadbiran Islam sangup mewujudkan sebuah kasino mewah di Forest City, Johor semata mata untuk menjana kewangan.


"Apa tujuan laporan Bloomberg yang palsu itu? Adakah Bloomberg ada niat jahat (malice) sengaja untuk mencalar imej Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia?


"Perlu diingat kerajaan pimpinan Anwar bukan sahaja bersifat Kerajaan Perpaduan tetapi Kerajaan Persekutuan tersebut membawa bersama falsafah Madani.


"Falsafah corak pemerintahan Madani ini telah ditakrifkan dengan pelbagai nilai-nilai yang baik bagi sebuah kerajaan. Namun dasar kepada nilai-nilai murni itu ialah pemerintahan yang bersumberkan kepada contoh kerajaan pertama Islam di Madinah yang dipimpin oleh Rasullulah S.A.W, Baginda Nabi Muhamad.


"Ini bermakna Kerajaan Madani pimpinan PM adalah berteraskan prinsip dan falsafah Islam bersifat universal yang boleh diterima baik oleh rakyat Malaysia pelbagai kaum, agama dan budaya," kata Hassan dalam satu kenyataan.

Hassan Abdul Karim

Bagi beliau, tindakan Bloomberg menerbitkan artikel palsu tersebut tidak boleh dipertahankan.


Hassan sebaliknya tertanya tanya, adakah media yang memiliki reputasi tinggi dan berkredibiliti berkenaan telah mula merendahkan martabatnya membuat berita palsu demi memenuhi agenda golongan tertentu.


"Adakah Bloomberg sengaja berdusta dan berbohong dengan memfitnah Anwar Ibrahim yang jelas dan konsisten untuk menegakkan prinsip Islam di dalam pentadbirannya, tetapi Bloomberg cuba membina persepsi yang buruk terhadap PM Anwar Ibrahim dan ditohmah sedang berusaha untuk membuka Kasino perjudian di Forest City?" tanyanya.


Bagaimanapun, kata Hassan, sudah tentu 3 penulis yang terlibat mengarang berita berkenaan, Niki Koswanage, Chanyaporn Chanjaroen dan Ram Anand tidak akan didakwa di bawah undang undang Malaysia kerana mereka bukan warganegara.


Namun katanya, Pejabat Perdana Menteri wajar menulis surat bantahan rasmi kepada Bloomberg supaya agensi media itu tidak mengulangi lagi pembohongan mereka.

Hal itu katanya perlu dilakukan kerana Yang di-Pertuan Agong juga terpalit dalam fitnah berkenaan apatah lagi baginda merupakan pemegang saham dalam Forest City.


"Jika diteliti lebih lanjut kita akan dapati kesan buruk dari laporan palsu Bloomberg turut memfitnah secara tidak langsung Sultan Johor merangkap Yang di-Pertuan Agong sekarang. Ini adalah kerana Sultan Johor adalah antara pemegang saham projek Forest City.


"Adakah Bloomberg juga mempunyai niat jahat untuk memburuk-burukkan nama baik Sultan Johor selaku Ketua Agama Islam di Negeri Johor?


"Bloomberg perlu faham pemimpin-pemimpin Islam di Malaysia dari Perdana Menteri sehinggalah Sultan dan Yang di-Pertuan Agong memikul amanah menjaga syiar Islam tidak akan terlibat dalam usaha yang bertentangan dengan syiar Islam seperti membuka satu lagi pusat perjudian atau kasino, sama ada di Forest City atau di tempat lain di bumi Malaysia.


"Pemimpin pemimpin Malaysia faham bahawa bukan pembangunan perjudian yang diharapkan oleh rakyat.


"Jadi amatlah wajar, tepat dan bertanggunjawab apabila PM Anwar Ibrahim secara tangkas dan cepat mematikan fitnah yang dibawa oleh Bloomberg itu," katanya lagi.


Pada 25 April lalu, Bloomberg menerbitkan artikel "Malaysia in Talks with Tycoons on Casino to Revive 100 Billion Dollars Forest City" memfitnah kononnya PM Anwar sedang berunding dengan tokoh-tokoh korporat perjudian seperti Vincent Tan (Pengasas Berjaya Corp) dan Lim Kok Thay (Kumpulan Genting) untuk mengeluarkan lesen perjudian dan membuka pusat kasino di Forest City, Johor Bahru.


Laporan itu segera dinafikan oleh Anwar pada 25 April 2024.


Perdana Menteri berkata bahawa laporan Bloomberg tersebut adalah tidak benar sama sekali.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page