top of page

Kerajaan Madani bela semula lapisan rakyat, bersatu di belakang PMX - SBN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 25
  • 2 min read

Mustaffa Kamil (dua dari kiri) diapit Shahbudin Embun, Mustapa Mansor dan Ustaz Fakhrulrazi 
Mustaffa Kamil (dua dari kiri) diapit Shahbudin Embun, Mustapa Mansor dan Ustaz Fakhrulrazi 

Penghargaan ditunjukkan oleh Kerajaan Madani dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) kelmarin memberikan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk semua dan penurunan harga petrol RON95 menjelang hujung September menunjukkan PMX tidak lari daripada janji perjuangan dan sama sekali tidak perlu diturunkan dari jawatannya.


Menurut Pengerusi Sekretariat Bela Negara (SBN), Mustaffa Kamil Ayub, sekretariat itu merakamkan sokongan padu terhadap enam pengumuman utama oleh PMX sebagai tanda penghargaan Kerajaan Madani kepada rakyat Malaysia atas sokongan, kesetiaan dan kebersamaan dalam mendukung agenda pemulihan negara.


Katanya, langkah-langkah yang dilakukan PMX itu membuktikan bahawa suara rakyat benar-benar didengari, dan kepimpinan hari ini serius menyalurkan manfaat langsung kepada rakyat terbanyak, bukan sekadar angka pertumbuhan ekonomi di atas kertas.


"Oleh demikian SBM menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya anak muda, golongan pekerja dan semua golongan agar berdiri teguh bersama Kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar Ibrahim.


"Langkah ini (penghargaan kepada rakyat) membuktikan Kerajaan Madani mendengar suara rakyat. Membalas suara rakyat dengan tindakan konkrit dan menjadikan suara rakyat sebagai agenda utama," kata beliau dalam sidang media SBM di Dewan Restoran Amjal, Kuala Lumpur, petang tadi.


Mustaffa dengan itu menyeru agar rakyat Malaysia berdiri teguh di belakang pentadbiran PMX untuk mengatur lebih banyak perubahan dan kebaikan buat negara pada masa akan datang.


Antara enam perkara yang dibentang dalam sidang media petang tadi bagi membuktikan keprihatinan PMX dan Kerajaan Madani terhadap rakyat adalah, pertama penurunan bil elektrik mulai Julai 2025 yang mana 85% isi rumah telah menikmatinya.


Kedua, SARA untuk semua berupa bantuan RM100 kepada semua warganegara berumur 18 tahun ke atas. Bantuan bukan sahaja langkah mengurangkan kos sara hidup, tetapi satu simbol pengiktirafan terhadap rakyat yang terus berdiri bersama Kerajaan Madani.


Ketiga, cuti umum tambahan pada 15 September 2025 sebagai tanda penghargaan sempena Hari Malaysia kepada rakyat


Keempat, peruntukan Jualan RAHMAH digandakan dari RM300 juta kepada RM600 juta merangkumi semua 600 DUN, agar barangan asas pada harga rendah lebih mudah diakses rakyat.


Kelima, kerajaan mengekang kenaikan tol yang dijadual pada tahun ini dengan membayar pampasan kepada syarikat konsesi berjumlah RM500 juta bagi membolehkan rakyat biasa menggunakan lebuh raya pada harga yang mampu dibayar.


Keenam, harga petrol RON95 turun ke paras RM1.99 seliter bermula September ini yang akan menjimatkan perbelanjaan harian rakyat.


Sekretariat Bela Negara merupakan kolaborasi bersama PKORM, MEMO, Sekretariat Bela Pertiwi, SEKPUR serta sejumlah 100 NGO prihatin tanah air.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page