top of page

Kerajaan MADANI agih RM350 ribu baik pulih pusat pendidikan agama di Kuantan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Datuk Farhan (lima dari kanan) bersama pengurusan Pusat Pendidikan Ribath Al-Mustofa
Datuk Farhan (lima dari kanan) bersama pengurusan Pusat Pendidikan Ribath Al-Mustofa

Oleh: Akmal Manaf


Sebanyak RM350,000 telah diluluskan oleh Kerajaan MADANI sebagai peruntukan menyokong pembinaan dan kerja baik pulih fasiliti serta infrastruktur di Pusat Pendidikan Ribath Al-Mustofa dan Ribath Az-Zahra Al-Batul di Sungai Karang Pantai, Kuantan, Pahang.


Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata, peruntukan yang diluluskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bertujuan memastikan para pelajar dapat menimba ilmu agama dalam persekitaran yang lebih selesa, selamat dan kondusif.


"Diharapkan usaha ini dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan pendidikan Islam serta menyuntik semangat kepada generasi muda untuk terus mendalami ilmu dan melahirkan insan berilmu yang mampu menyumbang kepada agama, masyarakat dan negara.


"Kerajaan MADANI akan terus komited memperkasa institusi pendidikan Islam sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan insan yang holistik dan berteraskan nilai," katanya dalam satu kenyataan.


Ahmad Farhan berkata, komitmen Kerajaan MADANI memartabatkan syiar Islam melalui pelbagai dasar, program serta intervensi strategik yang menyeluruh, diterjemahkan secara jelas menerusi Belanjawan 2026 apabila sebanyak RM2.6 bilion peruntukan diberikan.


"Ia (peruntukan) itu bagi memperkukuh pendidikan Islam dan pembangunan sektor berkaitan, termasuk maahad tahfiz, sekolah agama rakyat serta institusi pondok di seluruh negara.


"Seiring dengan iltizam tersebut, satu lawatan kerja telah diadakan ke Pusat Pendidikan Ribath Al-Mustofa, Sungai Karang Pantai bagi meninjau secara langsung keadaan fasiliti dan infrastruktur pusat pendidikan berkenaan yang diasaskan oleh Ustaz Uwais Al-Qarni Abdul Wahab.


"Lawatan tersebut turut disertai oleh Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Pahang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razihan Adzharuddin," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page