top of page

Kerajaan lulus RM5.05 juta untuk baik pulih SMK Sungai Baging

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 1 min read

ree

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Baging di Kuantan bakal menerima nafas baharu selepas kerajaan meluluskan peruntukan RM5.05 juta bagi kerja-kerja baik pulih bangunan usang.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Pahang, Datuk Ahmad Farhan Fauzi (gambar) berkata, keadaan sekolah amat menyedihkan apabila terdapat pelajar terpaksa mengikuti sesi pembelajaran di kaki lima berikutan bilik darjah tidak lagi selamat digunakan.


"Saya dimaklumkan ada fasiliti sekolah yang terbengkalai sejak tahun 2015. Namun semangat anak-anak ini untuk menuntut ilmu tetap tinggi walaupun dalam keadaan serba kekurangan," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.


Beliau yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri sebelumnya mengadakan lawatan bagi meninjau sendiri keadaan sekolah berkenaan.


Sementara itu beliau menegaskan komitmen kerajaan terhadap aspek pendidikan.


Kerajaan MADANI jelasnya tidak akan berkompromi dalam bidang pendidikan kerana ia merupakan asas membina masa depan generasi muda.

"Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan segera memulakan projek pembaikan menyeluruh bagi memastikan pelajar dapat belajar dalam suasana kondusif.


"Saya sendiri akan memantau perkembangan kerja-kerja baik pulih ini," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page