top of page

Kerajaan lulus elaun lokum serta merta - Menteri Kesihatan



Pegawai perubatan yang diarah bertugas selepas waktu pejabat (membuat lokum) di klinik kesihatan kini boleh menuntut Elaun Lokum pada kadar RM80 sejam berkuat kuasa serta-merta.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu telah diperhalusi dan diluluskan sekaligus menyelesaikan isu yang sering dibangkitkan pegawai perubatan sebelum ini.


"Timbul isu tentang bayaran elaun untuk doktor yang membuat lokum dan kami telah memohon dan baru sahaja mendapat kelulusan untuk setiap doktor yang membuat lokum dibayar elaun mereka untuk jam yang mereka lakukan," katanya dipetik.


Perkara itu dimaklumkan Dr Dzulkefly pada sidang media selepas menyaksikan sesi Memorandum Persefahaman (MoU) antara IHH Healthcare Malaysia (IHH Malaysia) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terdahulu, KKM memaklumkan pelaksanaan projek rintis pemanjangan waktu operasi klinik berdekatan hospital pada tahun lalu, telah diteliti dan permohonan untuk meneruskan pembayaran Elaun Lokum, sedang dalam pertimbangan.

"Ini merupakan berita baik kepada (pegawai perubatan) yang berkenaan," tambah Dr Dzulkefly.


Sementara itu sebagai mengulas MoU yang ditandatangani beliau berkata, ia untuk menyediakan penjagaan dan rawatan kepada tambahan 500 pesakit kanser dari hospital KKM.


Pesakit berkenaan jelasnya akan mendapatkan rawatan radioterapi dan radiosurgeri di rangkaian hospital IHH Malaysia, antaranya Hospital Pantai, Hospital Gleneagles dan Pusat Perubatan Prince Court secara percuma bermula 1 Mac.


"MoU ini turut menyokong Pelan Strategik Kawalan Kanser Kebangsaan (2021-2025) untuk meluaskan akses kepada penjagaan dan rawatan bagi pesakit kanser di negara ini," jelasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page