top of page

Kerajaan lulus 22 projek Tenaga Boleh Baharu



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Perpaduan meluluskan 22 projek Tenaga Boleh Baharu (TBB) daripada sumber biogas dan biojisim berjumlah 36.534 megawatt (MW).


Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam dalam satu kenyataan memaklumkan, pelaksanaan projek itu melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia dan kelulusan itu diberikan di bawah mekanisme Tarif Galakan (FiT) yang akan membekalkan tenaga elektrik hijau kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) seawal 2027.


"Dalam menyokong aspirasi peralihan tenaga negara untuk mencapai 70 peratus campuran kapasiti TBB dalam pembekalan elektrik menjelang 2050, kerajaan telah mengumumkan penawaran dan pembukaan permohonan kelulusan FiT secara e-bidding bagi tiga sumber TBB iaitu biogas, biojisim dan hidrokuasa kecil mulai 5 hingga 26 Julai, 2023," kata kenyataan tersebut.


Melalui kenyataan sama, kementerian turut memaklumkan sebanyak 34 permohonan telah diterima melalui penawaran dan pembukaan permohonan itu.

Penilaian teknikal dan kewangan telah dilakukan oleh SEDA Malaysia terhadap kesemua permohonan yang telah dikemukakan.


"Sebanyak 22 permohonan yang memenuhi kriteria teknikal dan kewangan telah diluluskan

"Ini merangkumi 21 projek dengan jumlah kuota 29.534MW untuk penjanaan tenaga elektrik hijau daripada sumber biogas dan satu projek dengan jumlah kuota 7.0MW untuk penjanaan tenaga elektrik daripada sumber biojisim," tambah kenyataan itu.


Kelulusan pelaksanaan projek TBB baharu di bawah mekanisme FiT itu akan mempelbagaikan sumber penjanaan TBB selain sumber solar dan seterusnya meningkatkan lagi daya harap pembekalan elektrik negara, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam.


"Pada masa yang sama, pembangunan projek TBB yang diluluskan ini turut dijangka berupaya mewujudkan nilai pelaburan baharu dalam industri TBB sehingga RM372 juta," kata kementerian.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page