Kerajaan lembab tangani wabak, bencana, 2022 diharap keadaan lebih baik



Tahun 2021 akan diingati sebagai tahun malapetaka, sama ada pendemik Covid 19 mahu pun peristiwa banjir besar pada penghujungnya.


Bagi Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 2021 wajar juga dikenang sebagai tahun lembabnya pimpinan kerajaan BN - PN bertindak menyelamatkan rakyat.


Katanya, kelewatan memberi vaksin telah menyebabkan kematian akibat Covid melebihi 30,000 jiwa dan kelewatan memberi bantuan serta proses evakuasi banjir menyebabkan hampir 50 orang mangsa terbunuh.


"Walaupun beberapa langkah nampak diperbaiki tetapi kelemahan dan kecuian awal, kelewatan vaksin menyebabkan ramai yang terkorban.


"Baru baru ini rakyat sekali lagi dikejutkan dengan bencana alam, banjir di kawasan yang tidak diduga sebelumnya. Kita terima ini sebagai ujian Allah. Yang kita pertikaikan adalah pimpinan negara, pimpinan politik yang cuai memikul amanah, mengapa tidak diserah kepada polis, bomba dan tentera dari awal? Mengapa berlaku kelewatan sehingga meragut nyawa dan kesusahan yang besar.


"Itu pun sampai sekarang masih lagi pemimpin dengan protokol, adegan wayang, drama (turun melawat). Kita tak suruh menteri cuci selut dan sampah. Tetapi kalau jalankan tugas, salurkan bantuan, luluskan peruntukan, pastikan semua agensi kerajaan bertindak pantas (hal itu lebih baik). Itu tugas menteri. Itu yang menyebabkan sampai sekarang berlaku pelbagai kepincangan. Sampai sekarang mantan Ketua Polis Negara kata patut diserahkan (kepada pihak keselamatan). Memang betul.


"Pengalaman saya dalam kerajaan dahulu, kalau ada bencana seperti ini, orang politik itu memberi pengarahan kepada tentera, polis mengambil alih," katanya dalam perutusan Tahun Baharu 2022, malam tadi.


Namun, Anwar menolak kritikan warga maya di media sosial yang menyalahkan pihak tentera kerana lewat memberi bantuan.


Tegas beliau, tentera akan segera turun sekiranya diberi arahan. Namun Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang gagal memberi arahan pantas menyebabkan bencana banjir menjadi amat buruk kesannya.


Dalam perutusan itu juga, Pengerusi Pakatan Harapan itu mengambil kesempatan memuji kesetiakawanan rakyat dalam membantu mangsa banjir, juga rumah rumah ibadat yang tidak mengira bangsa dan agama dibuka bagi dijadikan pusat pemindahan sementara.


"Saya lihat semangat rakyat luar biasa. Di masjid, surau, dibawa orang Islam dan bukan Islam (berpindah), saya pergi ke gudwara Sikh yang menyediakan makanan, ada sukarelawan Cina dari Ipoh 3,000 turun. Puluhan ribu mahasiswa. Dari parti politik, anggota KEADILAN juga turun membantu. Ini bukan cari helah politik dan mahu menunjuk di media sosial. Puluhan ribu mahasiswa turun itu tidak tular di media sosial.


"Tetapi ini tidak melepaskan tanggungajawab kerajaan. Dengan kemaraan rakyat membantu, itu seolah olah mengalahkan keupayaan kerajaan yang lembab. Saya juga pergi ke Ketari, Bentong, ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk melihat sendiri dan menggesa langkah langkah diambil bagi mengurangkan beban. Rakyat memang mengalami kesukaran besar," katanya.


Selain itu, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu turut menyentuh mengenai penyelewengan berterusan wang negara yang perlu dibanteras dan ditetang oleh rakyat.


Beliau mengimbau kembali penyelewengan 1Malaysia Development Berhad didedahkan beliau di Parlimen pada 2010 dan tidak banyak pihak yang nampak kesannya, tetapi selepas 2016 dan skandal tersebut mendunia, maka Malaysia sekarang terpaksa menanggung hutang RM30 bilion.


Begitu juga mengenai kepincangan Digital Nasioanl Berhad yang membekalkan spektrum 5G hari ini, yang dimulakan dengan modal RM20 bilion dan model perniagaan sedemikian tidak dilaksanakan di negara lain.


Anwar turut menyentuh berkenaan pampasan kepada mangsa banjir yang sepatutnya ditanggung bersama oleh syarikat balak dan tidak perlu bantuan hanya dari sumber kerajaan serta wang cukai rakyat


Harapan beliau pada 2022 adalah kebangkitan anak muda untuk memperjuangkan Malaysia yang lebih baik.


Undi 18, katanya harus dimanfaatkan. Sekiranya anak muda lesu sebagaimana ditunjukkan dalam Pilihan Raya Negeri baru baru ini maka masa hadapan negara akan suram.


"Masa depan ini ditentukan oleh anak muda. Muda bukan sahaja kepada umur tetapi cita cita dan mahu buat perubahan yang baik. Bukan hidup dengan kemunafikan dan kepura puraan. Tetapi muda yang memilikki semangat yang kental.


"Kita berhasil dengan Undi 18, tak ada makna jika anak muda tidak bangkit bersama ibu bapa, abang, kakak mereka membuat perubahan," katanya lagi.







0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER