Kerajaan lemah kawal harga barang punca flashmob - Lee Chean Chung



Kegagalan kerajaan BN - PN mengawal kenaikan harga adalah punca utama flashmob di seluruh negara sejak 2 minggu lalu.


Hal itu merupakan keterangan yang diberikan oleh Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung dalam siasatan polis berhubung keterlibatan beliau dalam flashmob di Kulai, Johor, 8 Julai lalu.


Chean Chung yang dipanggil memberi keterangan di Balai Polis Kulai semalam berkata flashmob tidak perlu disiasat secara rapi kerana alasan penganjurannya telah pun diketahui pihak berkuasa.


"Dalam wawancara, saya mempertikaikan ketidakcekapan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang diketuai oleh Tan Sri Annuar Musa. Nampak pasukan ini lebih sibuk menyalalahkan pihak lain tanpa menunaikan fungsi utama mereka, iaitu mengemukakan penyelesaian segera dan jangka masa panjang.


"Jelas apa yang penting sekarang adalah dasar jaminan makanan yang mantap. Pelbagaikan sumber bekalan, kurangkan karenah birokrasi dan wujudkan stok penimbal untuk barang-barang asas supaya kita dikurangkan dengan kejutan bekalan," katanya.


ADUN Semambu itu juga mempertikaikan dasar penggunaan tanah di Malaysia yang tidak memudahkan petani untuk mengusahakan tanaman makanan.


Katanya, dasar tanah perlu dipinda untuk memudahkan pajakan kepada petani atau pengurniaan sebagaimana suatu ketika dahulu.


"Sekarang jika ada petani yang memohon tanah untuk bercucuk tanam, mungkin sepuluh tahun lagi pun belum dapat tanah.


"Bahkan ada petani yang diusir daripada tanah sedia ada dan diserahkan kepada korporat besar. Pelik tapi benar," katanya.


Tegas beliau, menyiasat dan mendakwa wakil rakyat berdemonstrasi tidak akan menyelesaikan masalah kenaikan harga barang dan bantahan rakyat selagi mana kerajaan tidak menyelesaikan persoalan pokok.


"Come on, menyiasat dan mendakwa wakil rakyat yang menjalankan tugas membawa suara rakyat tidak dapat menurunkan harga barang. Wahai menteri-menteri, kemukakan cadangan yang waras dan laksanakan kerja-kerja dengan baik," katanya lagi.


Selain Cheang Chung, ADUN Bukit Batu, Arthur Chong Sen Sern juga dipanggil memberi keterangan semalam.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER