Pakatan Harapan (PH) menyokong usaha Inisiatif Empati Malaysia atau Empati Malaysia merujuk klip video “Frontliners reveal truth about the Covid-19 crisis in Klang Valley” yang memaparkan beberapa isu pelanggaran hak asasi manusia oleh pentadbiran kerajaan PM Tan Sri Mahiaddin Yassin.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Senator, Ahli Parlimen dan ADUN serta individu dalam PH itu, pentadbiran Mahiaddin dikecam kerana mencabuli Perlembagaan Persekutuan Bahagian II 5(1) dalam usaha memerangai Covid 19 di Malaysia.
Kata mereka, penyebaran maklumat tidak benar oleh kerajaan Mahiaddin sepanjang pandemik berpotensi mengakibatkan lebih banyak nyawa terkorban dalam perjuangan rakyat melawan Covid-19
"Begitu juga permohonan frontliners untuk menambah bilangan petugas perubatan, bekalan ubat pesakit, bekalan tangki oksigen dan kelengkapan perubatan kepada kerajaan PM Mahiaddin telah diperlekehkan dan diuruskan dengan sambil lewa sehingga mengakibatkan banyak nyawa terkorban.
"Kecuaian kerajaan Mahiaddin dalam menyediakan tenaga kerja dalam pengoperasian sistem kesihatan negara mengakibatkan banyak kehilangan nyawa
"Kerajaan Mahiaddin menyalahgunakan kuasa dengan mengambil kesempatan ke atas frontliners (doktor kontrak, jururawat, sukarelawan dan lain–lain yang bertugas) yang sudi menjadi tentera memerangi Covid -19 sehingga mengakibatkan frontliners mengalami lesu upaya dan kebajikan asas serta kesejahteraan mereka diabaikan.
"Kecuaian kerajaan Mahiaddin dalam pentadbiran negara berpotensi mengakibatkan lebih banyak pesakit yang kritikal yang bukan kerana jangkitan Covid-19 terkorban kerana tidak dapat mengakses fasiliti kesihatan yang diperlukan," kata mereka.
Sehubungan itu, PH menyokong Empati Malaysia untuk menghantar aduan kepada SUHAKAM secara rasmi dan memohon suruhanjaya itu membuat inkuiri segera, dan menyiasat perkara tersebut secara menyeluruh mengikuti fungsi dan kuasa yang diperuntukkan di bawah Seksyen 4(2)(c) dan Sekysen 12 Akta 597, supaya hak asasi manusia terus dihormati walaupun negara sedang berdepan wabak Covid-19 ini.
"Mengambil kira peningkatan kes kematian dan lonjakan kepada lebih 10 ribu lebih kes positif Covid-19 setiap hari dalam tempoh beberapa hari ini, kami menggesa kerajaan Mahiaddin agar mengambil serius tentang perkongsian frontliners sebelum ini dan segera mengubah strategi bagi menangani krisis ini kepada pendekatan yang lebih berkesan sebelum lebih banyak nyawa terkorban," kata mereka lagi.
Inisiatif tersebut diskong oleh:
a) Ahli Dewan Negara:
1. Ismail Yusof
2. Manolan Mohamad
b) Ahli Dewan Rakyat:
1. Salahuddin Ayub, Pulai, Johor
2. Chang Lih Kang, Tanjong Malim, Perak
3. Ong Kian Ming, Bangi, Selangor
4. Hasanuddin Mohd Yunus, Hulu Langat, Selangor
5. Darell Leiking, Penampang, Sabah
6. Khalid Samad, Shah Alam, Selangor
7. Dr. Lee Boon Chye, Gopeng, Perak
8. Sim Tze Tzin, Bayan Baru, Pulau Pinang
9. Teo Nie Ching, Kulai, Johor
10. Nor Azrina Surip, Merbok, Kedah
11. June Leow Hsiad Hui, Hulu Selangor, Selangor
12. Nik Nazmi, Setiawangsa, Wilayah Persekutuan
13. Fahmi Fadzil, Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan
14. Chan Ming Kai, Alor Setar, Kedah
15. Amin Ahmad, Kangar, Perlis
16. Karupaiya Mutusami, Padang Serai, Johor
c) Ahli Dewan Undangan Negeri:
1. Nizar Jamaluddin, Sungai Rapat, Perak
2. Tan Kar Hing, Simpang Pulai, Perak
3. Sandrea Ng Shy Ching, Teja, Perak
4. Simon Ooi Tze Min, Bakar Arang, Kedah
5. Sim Chon Siang, Teruntum, Pahang
6. Lee Chean Chung, Semambu, Pahang
7. Kumaresan Aramugam, Batu Uban, Pulau Pinang
8. Muhammad Faiz Fadzil, Permatang Pasir, Pulau Pinang
9. Gooi Hsiao Leung, Batu Tengah, Pulau Pinang
10. Goh Choon Aik, Bukit Tambun, Pulau Pinang
11. Gunarajah George, Sentosa, Selangor
12. Ng Suee Lim, Sekinchan, Selangor
13. Najwan Halimi, Kota Anggerik, Selangor
14. Chua Wei Kiat, Rawang, Selangor
15. Azmizam Zaman Huri, Pelabuhan Klang, Selangor
16. Sany Hamzan, Taman Templer, Selangor
17. Gue Teck, Klebang, Melaka
d) Organisasi:
1. Empati Malaysia
2. Pertubuhan Kebajikan Jingga13 Malaysia
(JINGGA13 MALAYSIA)
e) Individu:
1. Sharizan Bin ishak@abu hassan
2. Essah Bte Che Mat
3. Tan Ah Kow
4. Mohd Azmin Bin Hamid
5. Mohd Roszaini Mohd Yusup
6. Daniel Teoh Tzu Yong
7. Tan Seng Toh
8. Irene Lau Sze Peng
9. Khoo Gee Tat
10. Fadhlina Sidek
11. Zaimah Binti Mohd Tahir
12. Nurul Iman Binti Abdul Manaff
13. Mohd Misri Bin Sarmon
14. Mohd Zuhali Bin Sani
15. Roslee Othman
16. Saharudin Sule
17. Muhamad Farid
18. Rodziah Kassim
19. Mohd Elham Adzrean Mohamad
20. Pang Chaw Hu
21. Siew Fook Chan
22. Noraini Binti Nordin
23. Ang Sook Ching
24. Norheizan Sofea Mustafa
25. Yolanda Augustin
26. Abang Zulkifli Bin Abang Engkeh
27. Nathaniel Tan
28. Shafikry Saad
29. Ruben Raj
30. Goh Kah Yong
31. Nizartul Fuza
32. Loh Ker Chean
Comments