top of page

Kerajaan lancar dana RM30 juta, sokong kandungan kreatif, berimpak tinggi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read

ree

Kementerian Komunikasi melancarkan Dana Inovasi Media berjumlah RM30 juta bagi mempercepat transformasi industri media tempatan agar kekal relevan dan berdaya saing dalam era digital.


Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil (gambar) berkata, ia diwujudkan bagi memperkasa kompetensi pengamal media dalam menyampaikan maklumat yang tepat, relevan dan bermanfaat kepada rakyat melalui latihan berstruktur.


Tambahnya, dana meliputi empat komponen utama iaitu latihan pekerja media, perisian dan adaptasi teknologi, peralatan serta kemudahan sokongan, dan penyelidikan serta pembangunan (R&D) termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI).


"Dana ini menyokong transformasi industri media menerusi pembangunan projek inovatif merangkumi aspek kandungan, teknologi media dan strategi digital selain menggalakkan penghasilan kandungan yang lebih kreatif, interaktif dan berimpak tinggi


"Dana turut boleh dimanfaatkan untuk pembelian atau sewaan perisian yang diperakukan, peralatan teknikal termasuk perkakasan studio dan rakaman, serta aktiviti R&D yang melibatkan adaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dan inovasi digital terkini," katanya dalam sidang media pada Khamis.


Fahmi juga memaklumkan, permohonan bagi dana berkenaan akan dibuka bagi Fasa 1 bermula 1 hingga 14 Januari depan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI serta pengumuman Perdana Menteri sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025.


Bagi memastikan memastikan penyaluran dana dilaksanakan secara berintegriti dan berkesan, hanya syarikat atau organisasi media tempatan yang berdaftar dengan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) serta mempunyai kakitangan pemegang Kad Perakuan Media aktif layak memohon.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page