top of page

'Kerajaan laksanakan janji, harga benar benar turun'



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mula melaksanakan dasar menurunkan harga barang bagi mengurnagkan beban sara hidup rakyat.


Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata perbincangan dengan beberapa pasar raya sudah dan sedang berjalan untuk melaksanakan jualan harga murah di bawah program Jualan Rahmah.


Beliau berkata demikian ketika perasmian program itu di Klang semalam. Katanya, melalui program itu kelak sebanyak 1,000 jenis barangan keperluan akan mengalami penurunan harga sehingga 30 peratus.


Bagi memastikan semua usaha kerajaan itu dapat segera dijayakan, beliau menggesa lebih banyak pasar raya menyertai program tersebut.


"KPDN boleh memberi permit notis jualan murah bagi mana-mana pasar raya untuk melaksanakan Jualan Rahmah sehingga maksimum empat bulan.


"Pasar raya yang menyertai Jualan Rahmah ini boleh menawarkan harga barangan keperluan di antara 10 hingga 30 peratus lebih murah dari harga biasa di premis masing-masing di seluruh negara.


"KPDN menyeru supaya lebih ramai lagi pemain industri khususnya pasar raya hiper dan pasar raya supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan untuk menjayakan aspirasi ini," katanya.


Tiada yang mustahil...... harga ayam bulat kembali ke era kerajaan PH 2018 - 2020

Beliau turut memberitahu, pihak pasaraya boleh menentukan sendiri jenis barangan yang diturunkan harga dan sama ada ia dilaksana secara bermusim atau sebaliknya.


Difahamkan antara pasar raya yang sudah menyatakan kerjasama untuk program itu adalah Econsave, Mydin, Aeon Big, 99 Speedmart.


Econsave jelasnya menjadi perintis dengan melancarkan kempen penurunan 1,000 barangan antara barangan terbabit adalah tepung gandum, minyak masak, mi segera, kopi, susu tepung bayi, susu sejat, biskut, sabun, lampin pakai buang.


"Econsave akan menawarkan potongan harga antara 10 hingga 30 peratus untuk 1,000 SKU sehingga 22 April ini di semua 91 cawangan Econsave di seluruh negara," kata Ahli Parlimen Pulai itu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page