top of page

Kerajaan komited pastikan kebajikan anggota tentera - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 30, 2023
  • 1 min read


Kerajaan Perpaduan akan terus memastikan kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa dibela.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia termasuk dengan menyalurkan peruntukan kos membaik pulih kediaman dan kuarters khususnya yang daif bagi keselesaan anggota tentera.

"Hatta, saya ingatkan untuk sentiasa menjaga kebajikan anggota terutama memastikan akses terhadap pendidikan yang berkualiti dalam kalangan anak-anak anggota ATM," katanya dalam hantaran Facebook rasmi beliau.


Beliau sebelum itu menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman di Perdana Putra, Putrajaya semalam.


Melalui hantaran sama Anwar turut berkata, pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ‘23) baru-baru ini, beliau turut menyentuh mengenai kebimbangan terhadap kesiapsiagaan aset pertahanan negara yang disifatkan agak ketinggalan ketimbang perkembangan aset pertahanan negara jiran lain.


Justeru, beliau berharap agar ketumbukan badan pertahanan negara terus utuh dalam memastikan keselamatan rakyat berada pada tahap yang terbaik.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page