top of page

Kerajaan komited naik taraf sektor kesihatan, pendidikan - PM



Kerajaan Persekutuan komited dalam usaha menaik taraf klinik kesihatan serta sekolah daif di negara ini demi meningkatkan mutu kesihatan dan pendidikan negara.


Pada lawatan kerja ke Kedah semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.4 bilion sepanjang tahun ini untuk kerja-kerja menaik taraf kemudahan-kemudahan tersebut.


Di Kedah katanya, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10.1 juta bagi pembaikan 40 klinik dan enam sekolah daif melalui Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).


Manakala, khusus bagi daerah Kubang Pasu, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM1.25 juta bagi kerja-kerja pembaikan empat klinik dan RM300,000 lagi diperuntukkan bagi pembaikan sebuah sekolah daif.


"Tahun ini juga selesaikan semua iaitu baiki tandas, bumbung dan dinding sekolah (daif) yang mana Jabatan Kerja Raya buat, Pejabat Pendidikan Daerah buat tetapi jangan bagi tahu saya tak boleh baiki tandas di semua sekolah di negara kita termasuk di negeri Kedah.


"Di daerah Kubang Pasu kalau ada sekolah tandas yang tak dibaiki, perlukan peruntukan lagi, beritahu pejabat daerah dan pejabat daerah boleh hubungi saya, tak cukup (peruntukan) kita tambah dan selesaikan masalah tandas di sekolah ini," katanya dipetik.


Anwar berkata begitu ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama Warga Masyarakat Daerah Kubang Pasu di tapak pembinaan Masjid Changlun pada Sabtu.


April lalu, Anwar mengumumkan kerajaan bersetuju meneruskan projek pembinaan masjid itu dengan menjadikan keseluruhan kos pembinaan Masjid Changlun berjumlah RM5.77 juta.


"Pada asalnya kerajaan meluluskan pada tahun 2017 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3.5 juta. Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek ini mengalami kelewatan kemajuan fizikal disebabkan beberapa faktor sehingga perlu dibuat penamatan kontrak.


"Atas dasar tanggungjawab dan keprihatinan Kerajaan Persekutuan, saya merasakan masjid ini perlu disiapkan dengan segera bagi memberi manfaat kepada kariah setempat," katanya.


Sementara itu, PM dalam ucapannya turut mengulangi pendirian Kerajaan Persekutuan untuk menoktahkan kemiskinan tegar pada hujung tahun ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page