top of page

Kerajaan komited bina masa depan negara berteknologi tinggi, berinovasi



Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsikan keyakinan terhadap kemampuan rakyat Malaysia merealisasikan potensi negara dalam membangun ekonomi, terutama dalam pelaburan bernilai tinggi.


Melalui satu hantaran di laman Facebooknya, Anwar berkata Kerajaan MADANI yang dipimpinnya komited membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.


"Dengan pelaburan bernilai tinggi daripada syarikat global, menghasilkan pekerjaan berpendapatan tinggi untuk lebih ramai rakyat Malaysia.


"Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap potensi setiap rakyat Malaysia dalam prospek cerah untuk ekonomi kita dan masa depan kita bersama sebagai sebuah negara," katanya yang turut berkongsi laporan video dari laman Facebook Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai potensi Malaysia yang semakin meningkat dalam industri semikonduktor.

Melalui laporan itu WEF berkata Malaysia, terutamanya Pulau Pinang, sedang muncul sebagai kuasa semikonduktor baharu, selepas negeri itu memperoleh pelaburan langsung asing (FDI) bernilai AS$12.8 bilion (AS$1 = RM4.76) tahun lepas.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page