top of page

Kerajaan komited beri bantuan tunai golongan sasar



Kerajaan Perpaduan komited memastikan bantuan tunai langsung terus disalurkan kepada golongan sasar dalam mendepani cabaran kos sara hidup.


Pendirian itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat petang semalam bagi menjawab soalan Zahari Hasan (PN-Padang Rengas) yang mahu tahu adakah kerajaan akan melaksana skim bantuan pendapatan asas untuk menghapuskan kemiskinan.


Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menjawab, sebarang ketetapan bagi pelaksanaan bantuan tunai langsung dalam usaha menghapuskan kemiskinan dalam kalangan rakyat akan diumumkan dalam Belanjawan 2023.


"Setiap manifesto daripada parti politik yang membentuk Kerajaan Persekutuan pada hari ini, akan diperhalusi sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.


"Kerajaan amat mengambil berat akan kebajikan semua golongan dan lapisan masyarakat terutamanya golongan B40," katanya dalam jawapan itu.


Sementara itu jelas Anwar, kerajaan memperkenalkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang menekankan pendekatan Rahmah sebagai sebahagian usaha membela nasib kumpulan kurang berkemampuan terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.


Melalui STR, sebanyak 8.7 juta penerima golongan B40 dengan pendapatan bulanan di bawah RM5,000 menerima pembayaran fasa pertama dengan implikasi kewangan bernilai RM1.67 bilion mulai 17 Januari lalu.


"Selain itu, selain STR, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan skim bantuan kanak-kanak sehingga RM1,000 tiap bulan kepada keluarga miskin.


"Skim itu merangkumi mereka yang berpendapatan di bawah PGK (pendapatan garis kemiskinan) makanan, iaitu RM1,169 sebulan," tambahnya.


0 comments

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page