top of page

Kerajaan komited bantu usahawan PMKS



Kerajaan Perpaduan komited membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini.


Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Saraswathy Kandasmi menyifatkan PMKS sebagai “tulang belakang sebenar” yang memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara.

"Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyokong penuh PKS kita.


"Dalam belanjawan baru-baru ini, beliau memperuntukkan RM44 bilion – pertama kali dalam sejarah – untuk pembangunan dan perkembangan PKS di negara ini," katanya dipetik.


Saraswathy berkata begitu dalam satu acara dianjurkan Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya pada Selasa.


Beliau sementara itu menegaskan kementeriannya turut komited membantu usahawan mikro meningkatkan rantaian nilai.


Ia termasuk melalui bantuan kewangan dalam bentuk geran, pinjaman dan baucar pendaftaran status PMKS menerusi bantuan RM100 juta yang disalurkan SME Corporation Malaysia (SME Corp) menerusi Program Pengukuhan Mikro Madani.

Sebagai rekod, belanjawan 2024 yang dibentang perdana menteri di Dewan Rakyat baru-baru ini memperuntukkan RM44 bilion bagi kemudahan pinjaman dan pembiayaan PMKS.


Ini termasuk RM1.4 bilion bawah pinjaman mikro Bank Simpanan Nasional, RM330 juta bawah Tekun Nasional, RM720 juta bagi usahawan wanita dan belia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page