Kerajaan kini takut dengan video TikTok?



Soal siasat ke atas mantan Senator Siti Aishah Shaik Ismail semalam berikutan video tular TikTok mengkritik kerajaan BN - PN menimbulkan persoalan adakah pihak berkuasa mula takut terhadap aplikasi berkenaan.


Bagi Pengerusi Biro Media Sosial DAP, Syahredzan Johan, tindakan membawa Siti Aishah ke balai polis untuk diambil keterangan oleh sepasukan polis dan pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan ada kegusaran dalam kalangan elit pemerintah terhadap pengkritik di media sosial.


"Menurut laporan pihak polis dan juga SKMM telah menyerbu ke rumahnya (Siti Aishah) dan merampas telefon bimbit yang dimilikinya.


"Tidak ada sebab mengapa tindakan seperti ini, yang boleh dianggap tidak berkadar (disproportionate), perlu diambil ke atas seseorang yang hanya membuat video TikTok mengkritik Kerajaan.


"Adakah tindakan yang diambil terhadap Siti Aishah disebabkan video TikTok itu telah menjadi begitu tular, sehingga menyebabkan ada pihak yang rasa tidak senang dengan video tersebut?


"Ia menimbulkan persoalan sama ada Kerajaan kini merasa video TikTok boleh mengancam kedudukan mereka, sehingga perlu mengambil tindakan sedemikian. Adakah Kerajaan kini takut dengan TikTok?" tanyanya.


Syahredzan menegaskan kritikan yang disalurkan melalui ruangan aplikasi anak muda itu seharusnya direspons secara bertanggungjawab dan kerajaan menyediakan penjelasan yang munasabah


Menurut beliau lagi, dengan menahan pengkritik hanya memberi isyarat salah kepada anak muda mengenai sistem demokrasi di negara ini.


"Kerajaan sepatutnya sedar isu subsidi dan harga barang yang menjadi asas kepada video Siti Aishah adalah isu yang telah membelenggu rakyat untuk sekian lama.


"Inilah sebab mengapa video tersebut telah mendapat 2.5 juta tontonan, lebih 142,000 sukaan (likes) dan lebih 43,000 kongsian (shares).


"Kerajaan digesa untuk memberi ruang kepada suara-suara menentang (dissenting voices) dan menjunjung hak untuk bersuara dan memberikan pendapat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


"Jangan bungkam suara yang tidak sehaluan dengan Kerajaan," katanya lagi

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER