Kerajaan kenakan cukai atas subsidi gaji PKS?

Oleh: Redzuan Shamsudin

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dijamin kerajaan Perikatan Nasional memperolehi bantuan subsidi gaji ekoran wabak Covid 19. Bagaimanapun timbul beberapa persoalan susulan berhubung bantuan itu yang gagal diperincikan kerajaan secara jelas. Menurut Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung, komuniti perniagaan PKS tertanya-tanya adakah subsidi yang diberi kerajaan akan dikenakan cukai? Katanya, dalam amalan perakaunan biasa pemberian daripada kerajaan seperti itu boleh dicukai, melainkan kerajaan menetapkan sebaliknya. "Piawaian perakaunan yang digunapakai sekarang menyatakan subsidi perlu dikategorikan sebagai ‘pendapatan lain’ (Other Income) yang bermaksud ia boleh dikenakan cukai dalam keadaan biasa. "Sekiranya subsidi ini dicukai, majikan yang menerimanya perlu membayar cukai atas subsidi. Syarikat perlu membayar 17% cukai untuk pendapatan boleh dicukai yang kurang daripada RM500,000 setahun. "Kesannya nanti majikan tidak dapat nilai sebenar subsidi gaji sebanyak RM1200 bagi setiap pekerja. Kerajaan juga tidak memperolehi impak sepenuhnya dalam program ransangan ekonomi. "Hakikatnya, RM13.8 bilion yang diumumkan untuk subsidi gaji akan jadi lebih rendah iaitu sekitar RM11.5 bilion," katanya dalam satu kenyataan. Menurut Chean Chung lagi, sangat tidak munasabah kerajaan mengenakan cukai dalam keadaan ekonomi yang sukar. Juga tidak rasional memberikan subsidi gaji dan kemudian PKS perlu membayar balik kepada kerajaan. "Jika Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) masih tidak menjawab soalan ini, ia akan menimbulan kekeliruan dan ketidakpastian kepada PKS. "Walaupun kebanyakan isu-isu kritikal sebegini patut dibawa dan dibahaskan di parlimen tetapi disebabkan pengaturan sesi kali ini menyebabkan ahli parlimen tidak dibenarkan bertanya atau membahas, saya berpendapat bahawa Menteri Kewangan perlu segera menjawab soalan ini," katanya lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio