Kerajaan Keluarga Malaysia hanya 'indah khabar daripada rupa' apabila telah setahun memerintah namun masalah rakyat masih tidak mampu diselesaikan.
Bagi Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Kamil Munim, kerajaan Keluarga Malaysia tidak berupaya mentadbir negara dengan baik apabila inflasi melambung dan derita rakyat tidak diselami sebaiknya.
"Jatuhnya Muhyiddin Yassin yang naik Ismail Sabri, kerajaan Keluarga Malaysia. Tetapi tidak cuba menyelami penderitaan rakyat dengan lebih mendalam.
"Contohnya beberapa bulan lalu kita bimbang keadaan ekonomi tidak menentu, keadaan inflasi semakin meningkat mereka tubuh sebuah jawatankuasa, tetapi menteri duduk dalam kabinet (yang gagal) dilantik untuk bincang masalah menangani inflasi.
"Dua tiga hari lalu kita diberitahu inflasi meningkat 4.4%, Bank Negara Malaysia mengumumkan kenaikan OPR (kadar faedah) yang akan memberi masalah selepas ini dalam keupayaan untuk rakyat berbelanja.
"Ini sudah tentu memberi kesan langsung kepada rakyat. Ini kita katakan 'revolusi orang bebal'. Mereka ini tidak mampu melihat masalah. Tidak mampu menilai masalah apatah lagi menawarkan penyelesaian," katanya dalam ceramah Pentas Angkatan Muda, malam tadi.
Menurut Kamil, bukan semua pimpinan mampu melaksanakan perubahan secara total, apatah lagi sekiranya berasal daripada Umno BN
Malah katanya, dalam kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan sendiri reformasi tidak berlaku dengan baik kerana banyak watak daripada bekas parti korup Umno berada pada posisi Menteri.
"Reformasi ini harus bermula dari jiwa, hati nurani rakyat di bawah. Tetapi kita lihat apabila kembali ke tampuk kekuasaan (pemimpin Bersatu) mereka kembali ke aktiviti lama memunggah kekayaan negara untuk diagihkan kepada 2 - 3 kerat kroni.
"Sebab itu usaha untuk melakukan perobahan perlu diteruskan, sebab itu lihat lepas jatuh kerajaan PH yang naik kerajaan scheme of things yang terang terang temanya kerajaan rasuah. Nak dapatkan sokongan politik, Ahli Parlimen dibagi kedudukan, bagi wang ringgit," katanya lagi
Comentarios