Kerajaan Keluarga Malaysia: Mengapa tak bahas Pandora Papers, harta keluarga dilarikan keluar?



Tema kerajaan 'Keluarga Malaysia' semakin dipertikaikan sejak kebelakangan ini apabila Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seolah-olah gagal menjadi ketua keluarga yang baik.


Bagi Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, kerajaan Keluarga Malaysia lebih sesuai disebut Keluarga 69 kerana tema yang dibuat tidak mempunyai falsafah khusus di sebaliknya.


"Bila sebut keluarga kita ingat cerita P. Ramlee, Keluarga 69, yang huru-hara, dan pusing-pusing semua pergi di situ sahaja.


"Bagi saya tema Keluarga Malaysia itu meragukan kerana tiba-tiba muncul dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak menggambarkan apa yang berlaku. Kalau kita tengok bila kita (kerajaan Pakatan Harapan) memperkenalkan tema negara rahmah misalnya, berlaku dalam proses yang kita kata mengikuti disiplin dan ada detailnya.


"Kalau tanya Keluarga Malaysia saya tidak nampak apa detailnya, falsafahnya. Pertama orang memperkenalkan Keluarga Malaysia itu adalah orang yang telah mengkhianati dan merosakkan demokrasi dengan pelbagai cara tidak mengikut undang-undang.


"Kita mahukan sebuah negara yang tidak berasaskan politik perkauman. Sebelum ini kita lihat Umno itu sendiri dalam kerajaan menggunakan isu-isu perkauman ke tahap yang membahayakan.


"(Ketika era PH) mereka tidak mengkritik dasar tetapi mereka kritik isu Adib secara perkauaman, guna isu Tabung Haji secara perkauman, orang mabuk pun dikaitkan dengan kerajaan tidak membela Islam.


"Bayangkan hari ini orang yang sama. PM yang berucap dengan nada rasis, hari ini bercakap dengan nada Keluarga Malaysia," katanya dalam forum maya Borak Dasyat bertajuk: 'Apa Helah Disebalik Keluarga Malaysia', malam tadi.


Dr Mujahid yang juga Naib Presiden Amanah turut mempersoalkan tindakan PM Ismail Sabri sebagai ketua keluarga apabila tidak bangun pada sidang Parlimen menjelaskan langkah-langlah yang perlu diambil untuk menjenihkan kecurigaan skandal Pandora Papers.


Malah, tambahnya, Parlimen sendiri menolak usul Ketua Pembangkang membahaskan perkara itu.


"Kalau keluarga, dia kena jaga elok-elok keluarga. Salah satu perkara yang besar dalam keluarga dia mesti mempertahankan harta dalam rumah itu. Hari ini Pandora Papers membuktikan trilion ringgit dilarikan keluar dengan alasan tidak mahu membayar cukai.


"Bila Datuk Seri Anwar dan pemimpin PH yang lain bawa isu ke Parlimen, rumah tangga kita, apa jawab Parlimen, dia kata perkara itu tidak perlu dibincang.


"Sehingga hari ini PM yang menjadi ketua Keluarga Malaysia ini tidak respons kepada satu keperluan, adik beradik dia, yang minta supaya harta rumah mesti dilindungi dan diberi penjelasan, buat jawatankuasa untuk melihat siapa yang bersalah dan apa yang telah berlaku.


"Tetapi sehingga hari ini, nak jaga harta negara dia tak tunjukkan komitmen. Maaf saya tidak percaya dengan pasukan ini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER