top of page

'Kerajaan Kelantan yang lemah, perlu diubah, bukan Selangor'



Seorang penganalisis politik membidas kempen Pas mahu merampas negeri Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang pada Julai ini.


Dahlan Maamor yang juga bekas personaliti televisyen dalam satu tulisannya berkata, sebaliknya pentadbiran negeri dipimpin oleh Pas yang perlu dikalahkan pada PRN itu nanti.


Tegasnya, rakyat Selangor berbahagia dengan kemudahan dan keprihatinan Kerajaan Negeri itu kecuali penyokong Pas sahaja yang merasa sangat bahagia dengan prestasi parti itu Kelantan walaupun terpaksa mandi atau minum air keruh.


"Terima kasih Pas kerana mengiktiraf Selangor (sebagai) sebuah negeri kaya. Namun lain pula keadaannya di Kelantan yang terus mundur dengan rakyatnya dibelenggu hingga hari ini berhadapan masalah bekalan air bersih dan kemiskinan tegar.


"Justeru, bukan Selangor, tetapi sepatutnya pentadbiran Kelantan yang perlu diubah. Pas mesti disingkirkan untuk memberi ruang perubahan lebih baik.


"Saya yakin selagi Pas bertapak di bumi Kelantan maka rakyat akan terus minum “teh tarik” percuma yang keluar melalui kepala paip di setiap rumah," sindirnya merujuk masalah air yang gagal diselesaikan pentadbiran Pas di negeri Serambi Mekah itu.


Dahlan turut berkongsi pengalaman betapa sukarnya berdepan dengan isu air ketika bermasutautin di negeri diperintah Pas suatu ketika dahulu.


"Bukan setakat susah untuk dapatkan bekalan air minum, membasuh pakaian, malah untuk mandi wajib pun sukar kerana air sering tiada.


"Derita air memang tidak tertahan dan ia berlaku sekitar 1990an namun hingga ke hari ini masalah itu tetap gagal diatasi. Bagaimanapun Pas terus diberi kepercayaan menjadi Kerajaan Negeri hanya kerana laungan “negeri serambi Mekah”," katanya.


Dalam tulisan sama beliau juga menyelar dakwaan Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Roslan Shahir dalam lidah rasmi parti berkenaan yang mendakwa rakyat Selangor hidup susah walaupun negeri itu kaya.


"Pas Selangor menyebut tentang jalan, perparitan yang daif, pengurusan sisa pepejal cukup lemah di kawasan menteri besar, rasa seperti mahu tergelak besar mendengar hujah ini.


"Dia sepatutnya perlu sibuk dengan Kelantan dan Terengganu dan kini melarat ke Kedah kerana masalah air.


"Minta dijauhi Pas memerintah Selangor kerana bimbang Selangor akan kembali mundur dan masalah air akan terus menghantui seperti apa yang berlaku di Kelantan," tambahnya lagi.


Justeru tegasnya, rakyat Selangor perlu buat penilaian bijak dan jangan termakan dengan propaganda murahan Pas yang akhirnya merugikan diri sendiri.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page