top of page

Kerajaan kecewa UM jemput penceramah pro-Israel, beri komen jelik



Kerajaan rasa kesal terhadap Universiti Malaya (UM) kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat, terutamanya berkaitan perjuangan Malaysia terhadap nasib rakyat Palestin.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, beliau berasa terkesan dengan UM kerana menjemput seorang ahli akademik warga asing yang cenderung kepada rejim Zionis.


"Seorang profesor telah hadir, beri komen yang jelik dan apabila diteliti latar belakang akademiknya, dia adalah pro kepada rejim Zionis.. saya kesal dengan jemputan ini," katanya ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di Putrajaya hari ini.


Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata perkara itu sepatutnya tidak berlaku di UM kerana ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang melahirkan ramai pemimpin tertinggi negara.


"UM juga adalah IPT yang berada dalam kawasan Parlimen (Lembah Pantai) dan sebagai Ahli Parlimen kawasan ini, saya timbulkan rasa kesal. Insiden sebegini seharusnya tidak berlaku kerana UM merupakan alma mater ataupun tempat pengajian Perdana Menteri, beberapa mantan Perdana Menteri, mantan Speaker, Peguam Negara, Ketua Hakim Negara.


"Kita tahu Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah bersuara cukup lantang tentang isu Palestin ini," kata Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.


Laporan media menyebut UM menerima banyak kecaman kerana membenarkan seorang profesor sains politik, Bruce Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.


Semalam Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengarahkan UM membatalkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah warga asing terbabit, dan pihak universiti juga diminta menyiasat perkara itu serta melaporkan segera butiran lanjut mengenainya.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page