top of page

Kerajaan kaji model kerjasama terbaik tangani pencerobohan nelayan



Kerajaan memandang serius isu pencerobohan nelayan warga Vietnam di perairan negara dan sedang mengkaji cara terbaik menanganinya.


Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah nelayan Vietnam yang dikesan melakukan pencerobohan itu terlalu besar dan menimbulkan kebimbangan.


Justeru model kerjasama antarabangsa termasuk perjanjian antara Kesatuan Eropah dan Maghribi dalam eksplorasi hasil laut bakal dirujuk dalam mencari mekanisme menangani pencerobohan itu.


"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima kunjungan Perdana Menteri Vietnam dalam lawatan rasmi beberapa bulan lalu dan kedua-dua negara bersetuju untuk mencari penyelesaian terhadap isu tersebut.


"Kedua-dua pemimpin telah bersetuju untuk bekerjasama dalam eksplorasi perikanan laut dalam bagi mencapai penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak.


"Kajian di peringkat KDN sedang dijalankan sementara menunggu keputusan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang mengetuai isu ini," katanya dipetik.


Saifuddin sebelumnya melakukan tinjauan Penguatkuasaan Op Khas Pagar Laut di atas Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah di Pusat Hidrografi Nasional, di Klang pada Rabu yang turut dihadiri Ketua Pengarah Maritim, Laksamana Maritim Datuk Mohamad Rosli Abdullah, dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.


Sementara itu Saifuddin menjelaskan, ketika ini menerusi penguatkuasaan, Maritim Malaysia akan menahan nelayan asing yang menceroboh bagi menjalankan siasatan dan membawa kes ke mahkamah. Manakala kapal yang dirampas akan dimusnahkan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page