top of page

Kerajaan kaji cadangan benarkan pelarian bekerja



Kementerian Dalam Negeri (KDN) bakal melaksana kajian terperinci bagi membuka laluan kepada pelarian untuk mengisi kekosongan kerja di sektor tertentu di negara ini.


Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dipetik berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) untuk mengumpul data berkaitan.


Antara maklumat yang dikumpulkan, katanya, ialah seperti tempat tinggal pelarian bagi menentukan jumlah sebenar mereka sebelum dibenarkan bekerja.


"Apabila data sudah ada, kita boleh buat pemetaan. Sebagai contoh berapa orang (pelarian Rohingya) di Sabah, di Perlis dan Sarawak," katanya.


Mengulas lanjut Saifuddin berkata jumlah sebenar pelarian masih tidak jelas kerana data yang berbeza didaftarkan kerajaan dan UNHCR.


"Majlis Keselamatan Negara menguruskan 40,000 pelarian dari 48 negara, manakala data UNHCR mendedahkan terdapat 189,000 pelarian di negara ini," katanya.


Saifuddin berkata berdasarkan permintaan, sektor yang dikenal pasti berpotensi untuk mengambil pelarian sebagai pekerja ialah pertanian dan perladangan.


Langkah itu jelasnya lebih baik daripada membiarkan pelarian menjalankan perniagaan kecil bagi menyara kehidupan mereka.


Untuk rekod, cadangan membenarkan pelarian bekerja di Malaysia dibincang dalam beberapa pentadbiran sebelum ini.


Bekas Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran pernah menyatakan langkah membenarkan pelarian bekerja merupakan alternatif kepada pengambilan pekerja asing baru.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page