Kerajaan Johor perlu agih dana untuk Program Pendidikan Inklusif - Arthur Chiong Sen Sern



Kerajaan Negeri Johor perlu membantu Kerajaan Persekutuan yang kurang berhasil dalam meningkatkan keupayaan Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam hampir 28 tahun pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) di negara ini.


Menurut Jurucakap Pendidikan Pakatan Harapan, Arthur Chiong Sen Sern, kekurangan kelengkapan adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada kurang keberkesanan PPI, di mana kanak kanak yang mengalami kesukaran untuk belajar memerlukan pengubahsuaikan kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi secara optimum.


"Untuk itu saya mencadangkan Kerajaan Negeri perlu mengagihkan peruntukan khas bagi Program Pendidikan Inklusif supaya Murid Berkeperluan Khas di negeri Johor tidak tercicir.


"Kemudahan yang diperolehi untuk tujuan membantu MBK dalam pembelajaran adalah amat penting. Peruntukan dan penambahbaikan kemudahan asas merupakan salah satu kriteria penting bagi memastikan keberkesanan PPI bagi mewujudkan persekitaran inklusif yang sesuai.


"Kerajaan Negeri juga perlu memastikan aksesibiliti terhadap bahan pendidikan dan teknologi baharu, mudah dibaca, bantuan sari kata (subtitling), bantuan teknikal dan teknologi bantuan untuk memudahkan proses komunikasi tercapai bagi MBK," kata Athur yang membangkitkan isu keberkesanan PPI bagi MBK pada Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-15.


Menurut ADUN Bukit Batu itu lagi, pelaburan dalam akses kepada teknologi yang sesuai dan tambahan sistem komunikasi untuk memudahkan pembelajaran harus diberi perhatian khusus serta penyesuaian metodologi dalam bilik darjah untuk menonjolkan inklusiviti.


"Saya juga mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar memberi insentif khas kepada golongan MBK bagi menampung perbelanjaan tambahan sebagai sokongan kewangan dalam tempoh belajar di setiap peringkat sekolah.


"Secara langsung, ia akan meningkatkan partisipasi golongan MBK untuk menyertai PPI dan juga membantu untuk keberkesanan PPI.


"Juga saya menyarankan Kerajaan Negeri menjalinkan kolaborasi bersama agensi atau pihak luar dengan pihak sekolah bagi memastikan kejayaan PPI ini.


"Kepentingan dalam menjalinkan kolaborasi bersama pihak-pihak tersebut bagi melengkapi perkhidmatan yang tidak dapat disediakan oleh pihak sekolah, mendapatkan maklumat atau idea serta bertukar-tukar pendapat mengenai perkembangan dan keperluan murid khas," katanya.


Tambah beliau, di Malaysia, pendidikan untuk orang kurang upaya memerlukan proses perkembangan yang lebih lanjut dibandingkan negara-negara lain.


Kebanyakan kesulitan dan cabaran, katanya, berkaitan pelaksanaan PPI telah muncul dalam sistem pendidikan negara dan cadangan serta jalan penyelesaian perlu difikir untuk mengharungi sebarang rintangan berkenaan.


"Kesempatan mengikuti pendidikan inklusif juga penting diberi perhatian kerana membuka ruang kepada murid bermasalah pembelajaran menduduki peperiksaan awam. Oleh yang demikian, pengurusan pendidikan inklusif di peringkat negeri dan nasional wajar dilihat semula supaya semua pihak mendapat manfaatnya secara penuh," kata Arthur lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER