top of page

Kerajaan jangka KDNK meningkat 4 hingga 5 peratus

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Oct 13, 2023
1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Malaysia menyasarkan peningkatan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara empat hingga lima peratus pada tahun depan. 


Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin perkara itu dapat dicapai hasil daripada peningkatan pelaburan yang konsisten dialami Malaysia.


"Dengan pembaharuan Ekonomi MADANI yang bakal dilaksanakan, kerajaan yakin untuk mencapai pertumbuhan menghampiri lima peratus (tahun 2024). 


"Kutipan hasil kerajaan 2024 dijangka menyaksikan peningkatan daripada RM303.2 bilion tahun ini kepada RM307.6 bilion. 


"Defisit fiskal 2024 diunjur berkurang kepada 4.3 peratus ketimbang sasaran lima peratus tahun ini dan 5.6 peratus tahun 2022,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page