top of page

Kerajaan jamin tidak kurangkan bayaran pencen pesara



Perdana Menteri memberi jaminan pentadbirannya akan menokok jumlah pencen pesara penjawat awam bagi memastikan jumlah pencen mereka tidak berkurangan daripada apa yang telah diterima ketika ini.


Jaminan itu diberikan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada majlis makan malam Sumbangan Kasih Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) dan Yayasan Alumni PTD di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, malam tadi.


"Walaupun ada keputusan mahkamah, kerajaan khususnya Perbendaharaan membuat keputusan untuk menokok jumlah yang dianggap kurang itu supaya tidak kurang daripada gaji (pencen) yang sepatutnya (diterima)," katanya dipetik.


Pada Julai lepas, kerajaan telah memutuskan supaya pencen dan pencen terbitan bagi bulan Julai 2023 hingga Disember 2023 dibayar menggunakan amaun pencen asal.


Ia selepas Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun lalu membatalkan pindaan kepada undang-undang pencen menjadikan pindaan kepada Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 (PAA) tidak lagi terpakai kepada pesara kerajaan.


Terdahulu, Presiden Alumni PTD Tan Sri Abdul Halim Ali ketika berucap pada majlis itu menyuarakan kebimbangan bahawa pencen pesara akan berkurangan pada tahun depan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan pindaan undang-undang pencen berkenaan.


Sementara perdana menteri menyentuh mengenai kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA berkata kerajaan komited meneliti perkara itu secara mendalam, namun ia memerlukan sedikit masa.


"Dalam penyelarasan gaji ini, tentu isunya akan diteliti dan dikaji dan saya percaya SSPA ini sudah cecah 11 tahun belum ada (kajian semula). Bukan masalahnya saya hendak memenangi atau memujuk penjawat awam, tetapi ini kenyataannya.


"Sepatutnya ia disemak setiap 10 tahun, namun kerana politik itu tidak berkesudahan jadi tidak sempat fikir masalah penjawat awam. Tetapi sekarang wujudnya Jawatankuasa Semakan Semula Sistem Saraan Perkhidmatan Awam, Insya-Allah, ia akan dapat diatasi," jelasnya.


Perdana Menteri pada majlis malam tadi turut meluluskan peruntukan RM500,000 kepada Alumni PTD bagi meneruskan aktiviti persatuan itu dalam membantu memperkukuh pentadbiran dan perkhidmatan awam.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page