top of page

Kerajaan jamin tak pinggir pendidikan pelajar OKU



Kerajaan Perpaduan tidak akan meminggirkan pelajar orang kurang upaya (OKU) dan guru pendidikan khas di negara ini daripada arus pendidikan.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Ahli Dewan Negara Senator Datuk Ras Adiba Radzi (gambar, kiri) di Putrajaya semalam.


Ras Adiba kemudian dipetik berkata, beliau amat berpuas hati dengan jaminan pelajar dan guru pendidikan khas akan diberi perhatian sewajarnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


"Alhamdulillah menteri (Fadhlina) berbesar hati menerima kunjungan saya untuk mendengar beberapa cadangan berkaitan komuniti OKU.


"Beliau mengalu-alukan kunjungan ini dan akan sentiasa mengikuti perkembangan OKU,” kata Ras Adiba yang juga Presiden Persatuan OKU Sentral dipetik.


Menurut Ras Adiba, beberapa isu dibincangkan dalam kunjungan itu yang antara lain adalah mengenai pembinaan Sekolah Sukan OKU, menambah baik fasiliti di sekolah pendidikan khas, menambah bilangan ahli terapi cara kerja dan ahli terapi pertuturan di KPM.


Beliau turut menyatakan keyakinan peribadi bahawa Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu mampu melaksanakan pelbagai pendekatan serta inisiatif terhadap pendidikan OKU di negara ini.


"Saya lihat banyak yang dilakukan untuk perkasa pelajar termasuk golongan OKU dan tenaga pengajar di sekolah pendidikan khas," katanya.


Fadhlina yang dilantik sebagai Menteri Pendidikan pada Disember lepas telah mengadakan lawatan ke institusi pendidikan OKU seperti Sekolah Pendidikan Khas Cerebral Palsy di Johor.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page