top of page

Kerajaan jamin tak berlaku kenaikan harga beras tempatan

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jun 8, 2023
1 min read



Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menafikan khabar angin mendakwa harga beras putih tempatan mengalami kenaikan harga sehingga 5 peratus.


Ketika perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu Mohamad berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga beras tempatan itu akan terus kekal pada harga RM2.60 sekilogram.


Tambahnya, hanya harga beras import berkualiti tinggi sahaja yang mengalami kenaikan harga dan kenaikan harga itu tidak menjejaskan harga beras tempatan.


"Sekarang ini heboh tentang beras putih naik harga (sebanyak) 5 peratus. Saya memberi jaminan yang naik harga itu adalah beras import yang berkualiti tinggi untuk makanan orang-orang berada.


"Tetapi untuk orang awam, rakyat Malaysia, keadaan beras (tempatan) terjamin di sekitar RM2.60 sekilogram," katanya ketika sidang Dewan Rakyat pada Rabu.


Sementara itu Mohamad berkata, kementeriannya turut meningkatkan usaha untuk mencukupkan pengeluaran beras tempatan termasuk melaksanakan Program Smart Sawah yang berskala besar.


"Memang sekarang ini pesawah kebanyakannya dijalankan oleh mereka yang berumur. Dengan konsep berskala besar dan penggunaan teknologi baru, anak muda mula terlibat secara aktif.

"Kita sedang galakkan lagi dengan memberikan pelbagai insentif kepada mereka," ujarnya.


Mengulas mengenai langkah kementerian memastikan bekalan bahan makanan penting seperti telur, gula dan beras mencukupi untuk memenuhi permintaan rakyat, beliau menyatakan Malaysia boleh mencapai Tahap Sara Diri (SSL) bagi beras sekiranya usaha berteruskan dilakukan dengan cara moden dan baru.


"Stok beras kita alhamdulillah mencukupi walaupun dalam keadaan pandemik. Soal beras ini, tidak berlaku kekurangan walaupun kadang-kala ada kekurangan di satu dua tempat," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page