top of page

Kerajaan jamin kedaulatan sempadan maritim negara



Kerajaan Perpaduan memberi jaminan bahawa setiap keputusan membabitkan persempadanan maritim Malaysia dengan negara jiran tidak akan menjejaskan kedaulatan dan kepentingan negara.


Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat berkata, kerajaan tidak pernah dan tidak akan sama sekali mengambil ringan dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan isu kedaulatan negara.


Tegasnya, langkah pemeteraian perjanjian persempadanan maritim hanya dipersetujui setelah mengambil kira elemen penyelesaian yang dicapai secara bersama dengan sesebuah negara berdasarkan prinsip pembatasan sempadan maritim dengan justifikasi perundangan dan teknikal yang kukuh.


"Kerajaan tidak akan berganjak atau berkompromi dalam isu ini.


"Bagi menyelesaikan isu persempadanan Malaysia yang tertunggak bersama negara-negara lain, kerajaan kekal komited melaksanakan rundingan untuk menghasilkan penyelesaian yang dapat diterima oleh kedua-dua pihak.


"Hal ini penting bagi memastikan bukan sahaja kedaulatan negara terjamin malah hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara-negara tersebut juga kekal terpelihara," katanya.


Beliau sebelumnya ditanyakan mengenai senarai perjanjian persempadanan maritim yang telah ditandatangani kerajaan sehingga kini serta tindakan susulan yang diambil.


Mengulas lanjut Mohamad berkata, setakat ini kerajaan telah menandatangani sembilan perjanjian persempadanan maritim dengan pelbagai negara jiran dan terbaharu dua triti persempadanan maritim bersama Indonesia berjaya dimeterai.


Ia melibatkan triti antara Malaysia dengan Indonesia yang berkaitan dengan Persempadanan Laut Wilayah Kedua-dua Negara di Kawasan Paling Selatan Selat Melaka (Triti Selat Melaka) dan triti antara Malaysia dengan Indonesia yang berhubungan dengan Persempadanan Laut Wilayah Kedua-dua Negara di Laut Sulawesi (Triti Laut Sulawesi).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page