top of page

Kerajaan jamin ekonomi Malaysia tidak meleset 2023



Spekulasi bahawa ekonomi negara akan mengalami kemelesetan pada 2023 ditolak oleh Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong (PH - Bukit Mertajam)


Beliau dalam sesi pertanyaan soalan menteri di Dewan Rakyat pagi tadi berkata tiada sebab ekonomi Malaysia akan mengalami kemelesetan biar pun eknomi dunia agak kurang stabil berikutan masalah kekurangan bahan mentah makanan.


"Pada tahun ini kerajan menjangka ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus. Ini selaras apa yang diunjurkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia yang masing masing (mengunjurkan pertumbuhan) 4.4% dan 4.0%.


"Walaupun ada pelbagai ketidaktentuan saya menegaskan bahawa Malaysia tidak akan mengalami kegawatan ekonomi pada 2023.


"Hal ini berdasarkan takrifan kegawatan ekonomi teknikalnya negara menghadapi penguncupan ekonomi sebanyak dua suku tahunan berturut turut," katanya dalam menjawab soalan Ahli Parlimen Wan Hassan Mohd Ramli (Pas - Dungun).


Menurut Steven Sim lagi, Kerajaan akan terus mengukuhkan pertumbuhan ekonomi negara serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan yang menarik seperti mewujudkan syarikat pemula berinovasi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page