top of page

Kerajaan jamin akan kaji semula gaji pekerja sektor awam




Kerajaan Perpaduan memberi jaminan akan mengkaji semula upah atau gaji pekerja sektor awam sekiranya ekonomi pulih.


Menurut Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, gaji sektor awam akan ditingkatkan sekiranya berlaku peningkatan hasil pada tahun hadapan.


"Beri saya tempoh satu tahun. Untuk penjawat awam, kalau ada trend peningkatan hasil, yang utama adalah upah penjawat awam.


"Sementara itu, segala bonus dan apa-apa kemudahan kesihatan, pendidikan yang harus kita bantu, saya akan segerakan sebaik ada peruntukan.


"Itu sudah saya jamin, jangan bimbang," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pagi tadi.


PM turut mahu kakitangan awam untuk bersama dalam kempen melawan rasuah.


Katanya, kewangan negara agak buruk kerana berlakunya korupsi melampau pada tempoh pentadbiran sebelum ini.


"Kita ambil alih (negara) dalam keadaan kewangan yang sangat parah, hutang RM1.5 trilion. Sebahagiannya kerana iklim ekonomi, sebahagiannya kerana rompakan dan porak peranda sistem negara.


"Sebab itu saya katakan kalau mahu ekonomi berkembang, kalau mahu hasil bertambah kita kena lawan dan hapuskan perasuah-perasuah besar ini," kata PM lagi.


Himpunan Hari Pekerja hari ini mencatat sejarah kerana disekalikan dengan majlis Aidilfitri dan menurut PM hal itu boleh menjimatkan kos sebagaimana kerajaan beliau mengadakan jamuan hari raya yang lebih kecil di peringkat negeri tahun ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page