top of page

Kerajaan jalankan kajian naik taraf, baik pulih tabika seluruh negara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 28
  • 1 min read


Kerajaan Perpaduan terus berusaha memastikan kemudahan pendidikan termasuk kelas taman bimbingan kanak-kanak (tabika) KEMAS di seluruh negara berada dalam keadaan teratur dan terjamin.


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Datuk Mohd Hanafiah Man berkata, pihaknya kini sedang menjalankan kajian menyeluruh berhubung keperluan baik pulih dan naik taraf kira-kira 10,616 kelas tabika.


Menerusi satu kenyataan Mohd Hanafiah berkata, usaha itu selaras arahan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya jabatan tersebut menyediakan memorandum Jemaah Menteri berkenaan perkara itu.


"Ini termasuk isu pemilikan tanah, status bangunan menumpang; terutamanya di 4,268 premis yang menumpang di bangunan awam seperti balai raya serta kaedah perolehan bangunan komersial yang sesuai untuk dijadikan premis tabika.


"Selain itu, 470 premis yang disewa juga akan dikaji bagi memastikan penyelesaian jangka panjang yang lebih berkesan," katanya dipetik.


Mengulas lanjut Mohd Hanafiah berkata, pihaknya akan turut memberi keutamaan menambahbaik kelas di kawasan pedalaman seperti penyediaan tenaga elektrik dan sumber air.


"Kerajaan sedang mengkaji kaedah terbaik seperti panel solar, tangki tadahan hujan atau sumber air bawah tanah bagi memastikan keperluan asas ini dapat dipenuhi dengan berkesan.


"KEMAS komited bukan sahaja dalam penyediaan kemudahan fizikal yang lebih kondusif, tetapi yang lebih penting, memastikan anak-anak luar bandar mendapat peluang pendidikan awal yang berkualiti, setanding dengan pendidikan di kawasan bandar," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page