top of page

Kerajaan iktiraf peranan suri rumah sebagai pekerja



Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang dilancarkan hari ini merupakan pengiktirafan Kerajaan Perpaduan kepada suri rumah yang melakukan pekerjaan rumahtangga dan perlu dilindungi skim insurans.


Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pandangan terdahulu yang tidak mengiktiraf suri rumah sebagai satu bidang pekerjaan seharusnya diubah.


Oleh itu, katanya kerajaan memperkenalkan SKSSR yang memberi perlindungan seumpama skim perlindungan Perkeso bagi pekerja yang berjawatan tetap.


"Kalau kita iktiraf dia (suri rumah) sebagai tunggak keluarga selain bapa, maka semua agensi dan kerajaan khususnya beri pengiktirafan.


"Maka itu skim (SKSSR) dikekalkan termasuk (sejumlah) caruman


"Saya harap kita dapat jayakan dan kementerian harus hebahkan lagi," katanya dalam Majlis Pelancaran SKSSR dan Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).


Sebelum itu, Menteri Sumber Manusia V Sivakumar dalam ucapannya berkata skim tersebut akan menyediakan Perlindungan Bencana Domestik dan Perlindungan Keilatan kepada suri rumah yang membuat pencaruman.


Katanya faedah itu termasuk Faedah Perubatan dan Pemulihan, Faedah Hilang Upaya Kekal, Faedah Pengurusan Mayat, Elaun Keuzuran dan Pencen Penakat.


Semua suri rumah yang berusia bawah 55 tahun dan menguruskan rumah tangga sepenuh masa atau separuh masa, yang berkahwin atau bujang layak menyertai skim berkenaan.


Sejak dilaksanakan pada 1 Disember sehingga 31 Januari lalu, seramai 141,144 suri rumah telah mencarum di bawah SKSSR.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page