top of page

Kerajaan harus tampung produk sektor swasta, tambah bantuan kepada majikan



Belanjawan 2021 seharusnya dimanfaatkan untuk mempertahankan sektor swasta yang tergugat aliran tunai mereka sepanjang pandemik Covid 19.


Menurut bekas Timbalan Pengarah di Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia, Dr Rosli Yaakob, selain berbelanja besar untuk mendanai projek-projek awam, kerajaan seharusnya memastikan sektor swasta boleh bertahan hidup sehingga pandemik berakhir.


Perniagaan sekiranya ditutup, kata Dr Rosli, sukar untuk dioperasikan semula dan akan mengugat kemampanan ekonomi negara pada masa hadapan.


"Perbelanjaan kerajaan pada pendapat saya harus ditumpukan kepada item-item perbelanjaan yang mampu meningkatkan penjualan barangan dan perkhidmatan oleh sektor swasta kepada sektor awam bagi menjamin ke langsungan perniagaan mereka, sekaligus menjamin peluang pekerjaan untuk rakyat agar rakyat terus ada sumber pendapatan.


"Kerajaan dalam hal ini juga perlu meningkatkan pelaburan awam, khasnya dalam projek yang boleh mewujudkan peluang pekerjaan pada kadar segera supaya di sana ada ruang untuk orang yang telah hilang pekerjaan mendapat pekerjaan dalam sektor awam.


"Di sana ada banyak projek awam yang tertangguh perlaksanakannya yang boleh dilaksanakan sekarang bagi mengimbangi kemelesetan sektor swasta yang amat ketara sekarang," katanya ketika dihubungi.


Di samping itu, tegas Dr Rosli, seharusnya kerajaan memperbanyakkan skim bantuan kepada para majikan dan pekerja bagi mempertahankan pekerjaan supaya rakyat tidak hilang pendapatan dan boleh bertahan hidup sepanjang 2021.


"Bagi saya kerajaan wajar melihat isu ini sebagai satu pendekatan jangka pendek agar rakyat tidak hilang pekerjaan dan sumber pendapatan.


"Namun dalam jangka panjang, fokus polisi hendaklah ke arah menggerakkan roda ekonomi supaya majikan tidak tutup kedai. Apabila perniagaan majikan itu merudum, ramai pekerja akan hilang pekerjaan dan pendapatan. Ini tidak baik kepada ekonomi," katanya.


Pembuangan pekerjaan, bagi Dr Rosli adalah pilihan yang paling tidak menguntungkan kerana industri atau perniagaan tidak boleh mengekalkan produktiviti tinggi sekiranya pekerja yang memiliki skil telah diberhentikan.


Manakala bagi pekerja, tanpa wang gaji mereka tidak boleh berbelanja dan menjelaskan sektor peruncitan serta perkhidmatan dalam negara.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page