top of page

Kerajaan harus beri bantuan bela nasib waris mangsa pandemik Covid 19


Kematian akibat pandemik Covid 19 yang telah mencecah 6,700 orang sehingga kini memerlukan Kerajaan Persekutuan dan Negeri mengambil langkah tertentu bagi membela waris mangsa pandemik.


Menurut Ahli Dewan Negeri Sentosa, Selangor, Dr Gunaraj George, penderitaan yang dialami waris atas kehilangan orang tersayang sewajarnya dicari jalan untuk meringankannya.


Katanya, ada antara mereka yang terkorban merupakan tunjang utama keluarga mencari nafkah. Perkara itu sudah pasti memberi kesukaran kepada waris meneruskan kelangsungan hidup pada masa mendatang.


"Pada ketika ini ramai rakyat Malaysia kehilangan pendapatan dan pekerjaan sejak lebih setahun lalu kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan. Sudah pasti hal ini memberi kesan yang sangat besar kepada keluarga B40.


"Keadaan ekonomi menyebabkan banyak waris mengalami kesukaran untuk menguruskan mayat sehingga proses pengkebumian selesai.


"Pada masa ini, misalnya penyedia perkhidmatan kenderaan yang membawa mayat telah mengenakan kos yang lebih tinggi berbanding biasa," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Dr Gunaraj, peningkatan kos itu tidak dapat dielakkan kerana beberapa kos baharu seperti penggunaan pakaian perlindungan serta pembasmian kuman kenderaan yang kerap.


Katanya, jika kematian melibatkan pesakit yang beragama Islam maka keluarga berkenaan mendapat pertolongan daripada institusi zakat negeri masing-masing. Tetapi keluarga masyarakat India, Cina dan lainnya tidak mendapat pertolongan sedemikian


"Oleh itu, bagi membantu keluarga miskin dan rentan, pihak Kerajaan perlu mengambil tanggungajwab penuh untuk menguruskan proses pengkebumian mayat pesakit Covid 19 sehingga selesai.


"Kerajaan disarankan mewujudkan satu Jawatankuasa Khas yang dianggotai oleh pegawai kesihatan dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dikhususkan hanya dalam tempoh pandemik ini bagi membantu waris pesakit Covid 19 yang meninggal dunia.

"Jawatankuasa Khas ini penting untuk membantu waris menguruskan mayat pesakit sehingga ke proses pengkebumian selesai," katanya lagi.

0 comments

תגובות


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page