Kerajaan GPS Sarawak gagal kawal harga barang, keluarga B40 sensara



Kegagalan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengawal harga barang di negeri itu amat dikesali.


Menurut Ketua Wanita KEADILAN Cabang Sibuti, Sarawak, Zulhaidah Suboh, tiada alasan kukuh yang boleh diberikan oleh kerajaan GPS berikutan kenaikan harga kali ini kerana banyak bahan mentah makanan boleh dihasilkan di dalam negeri, termasuklah sayur sayuran yang melambung harganya.


"Saya mendengar rintihan para peniaga berkaitan isu kenaikan harga sayuran. Isu tersebut telah memberi kesan kepada para peniaga yang terpaksa menjual mahal dan memborong dengan harga tinggi. Ia juga memberi kesan mendadak kepada keluarga di seluruh Sarawak umumnya, dan penduduk Sibuti khususnya.


"Kegagalan kerajaan GPS dan BN yang tidak dapat mengawal harga keperluan harian seperti sayuran ketika rakyat baru mula membina ekonomi dan perniagaan dalam fasa pemulihan daripada pandemik Covid-19 amat mengecewakan.


"Pada waktu kesengsaraan ekonomi masih terasa, rakyat kini terpaksa menghadapai cabaran kenaikan harga barangan. Juga kenaikan harga sayuran tempatan yang mencapai 20-30% dan menekan rakyat secara langsung," katanya.


Tambah Zulhaiodah, Kerajaan GPS seharusnya mampu mengawal harga bahan keperluan rakyat Sarawak, apatah lagi kenaikannya yang amat tinggi dalam tempoh 3 dekad.


"Kerajaan GPS tidak prihatin dalam memastikan semua keluarga Sarawak mampu memperolehi makanan yang sihat dan seimbang.


"Tidak pernah berlaku harga sayuran paling tinggi dalam tempoh 30 tahun dan ini adalah aras ukur apabila kerajaan gagal kembali berkuasa, maka urus tadbir ekonomi negara gagal dikendalikan dengan baik.


"Jika situasi ini berterusan, ianya sangat memberi kesan kepada semua golongan rakyat B40 dan juga M40, kecuali golongan ‘kayangan’ iaitu golongan pemerintah elit yang berpendapatan lumayan serta terus dapat makan mewah dan hidup dengan penuh selesa," katanya lagi.


Justeru, Zulhaidah menyeru agar Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang juga berasal dari Sarawak untuk merujuk semula 5 strategi yang tertera di laman portal rasmi KPDHEP demi kebaikan rakyat Sarawak dan Malaysia.


"Saya menggesa Datuk Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri KPDNHEP merujuk semula 5 strategi yang tertera di laman portal rasmi kementerian demi kebaikan rakyat dan Malaysia yang lebih efisyen.


"Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggung jawab menjaga kebajikan rakyat, KPDNHEP harus prihatin dan peka terhadap permasalahan akar umbi dan mengambil tindakan segera untuk mengawal harga barang makanan dan sayuran," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER