top of page

Kerajaan GPS, PN digesa patuhi SOP dan kuarantin - KEADILAN Sarawak


Semua pemimpin Sarawak termasuk Parti Gabungan Sarawak GPS dan Menteri Perikatan Nasional (PN) yang kembali ke negeri tersebut digesa supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kuarantin wajib 14 hari sama seperti yang ditetapkan kepada rakyat.


KEADILAN Sarawak menganggap perkara itu amat membimbangkan berikutan pendedahan beberapa pemimpin dan menteri kerajaan yang tidak mematuhi SOP serta gagal melakukan kuarantin wajib baru-baru ini.


"Sekiranya ada pemimpin yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) kuarantin Covid-19 sekembalinya ke Negeri ini akan dilihat sebagai sikap yang pentingkan diri sendiri dan meletakkan nyawa orang awam dalam bahaya serta seolah-olah pemimpin ini kebal daripada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).


"Kami dengan ini juga mengingatkan pemimpin GPS dan Menteri PN hentikan sikap bertemu dengan orang ramai tanpa mematuhi SOP Covid-19 kerana ini meletakkan nyawa orang awam dalam bahaya


"Kami mengingatkan pemimpin GPS untuk mempraktikan kesedaran sivik dan patuh peraturan kuarantin terutamanya pemimpin yang menghadiri mesyuarat di Putrajaya," katanya dalam kenyataan.


Kenyataan tersebut dibuat setelah Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mewajibkan semua warganegara Malaysia yang masuk ke Sarawak menjalani kuarantin wajib 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan.


Pada masa sama, KEADILAN Sarawak juga menggesa tindakan diambil kepada mana-mana pemimpin yang melanggar SOP dan gagal menjalani kuarantin.


"Kami berharap tindakan sewajarnya harus dikenakan kepada pemimpin yang melanggar SOP dan kuarantin.


"Sikap ‘double standard’ harus dihentikan dengan segera dan pemimpin perlu patuh kepada peraturan dan memberikan contoh yang baik kepada rakyat disamping menjamin kesejahteraan kesihatan rakyat tempatan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page