top of page

Kerajaan galak pihak swasta bangunkan tanah RAC



Kerajaan menggalakkan lebih banyak syarikat swasta terlibat dengan pembangunan tanah Perbadanan Aset Keretapi (RAC) di sepanjang jajaran landasan kereta api negara.


Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Stesen Kereta Api Kajang 2 pada Khamis, beliau berkata melalui langkah kerjasama itu, syarikat swasta dapat membangunkan aset selain membantu menaiktaraf kemudahan perkhidmatan keretapi sekaligus menjana pendapatan untuk RAC.


"Stesen transit berkonsepkan pembangunan di Kajang 2 tidak melibatkan perbelanjaan daripada kerajaan dan ia dibina pihak swasta yang secara pulangan mendapat hak untuk bangunkan tapak tanah itu," katanya merujuk kepada pembangunan stesen tersebut yang menggunakan kaedah perkongsian awam-swasta yang dilaksanakan dengan kerjasama Srijang Kemajuan Sdn Bhd (SKSB).


Stesen Kajang 2 dibina melalui pajakan tanah rizab kereta api yang membolehkan RAC berupaya memiliki sebuah stesen kereta api bernilai RM60 juta pada nilai semasa, selain lapan buah kiosk dan ruang niaga yang boleh disewa dengan kadar berpatutan.


Stesen itu mula beroperasi 13 Mac lepas, berkemampuan mengendalikan 146,000 penumpang setahun dan dilengkapi kemudahan 500 tempat letak kenderaan, jejantas pejalan kaki dengan lif, enam eskalator, fasiliti mesra orang kurang upaya (OKU), kawasan pengawasan keselamatan di lokasi strategik, kawasan menurunkan penumpang dan kemudahan asas seperti tandas, surau dan platform berbumbung.


Terdahulu, Anthony dalam ucapannya menyarankan para pemaju memberikan perhatian kepada keperluan mewujudkan perumahan mampu milik terutamanya di kawasan yang berhampiran dengan hab pengangkutan seperti stesen kereta api.


Beliau berkata, langkah itu bukan sahaja dapat membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah, tetapi dalam masa sama menjimatkan perbelanjaan mereka melalui penyediaan akses kepada pengangkutan awam.


"Kawasan perumahan dekat dengan pengangkutan awam akan menambah nilai projek tersebut," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page