top of page

Kerajaan gagal tunjukkan kepimpinan yang baik - Wong Chen



Ahli Parlimen Subang, Wong Chen menganggap negara berdepan dengan pelbagai jenis masalah kerana kegagalan kerajaan untuk menunjukkan kepimpinan yang baik terhadap rakyat.


Beliau berkata, kerajaan masih teragak-agak dan terkial-kial untuk membuat keputusan dengan pantas tetapi efektif berhubung peningkatan kes Covid-19 ketika ini.


"Covid-19 sedang merebak tetapi nampaknya kerajaan masih belum memutuskan apa yang harus dilakukan.


"PKP akan merugikan ekonomi sekarang tetapi tidak melakukan sesuatu yang drastik mungkin akan lebih merugikan kita dalam jangka masa pendek.


"Saya telah berbual panjang dengan Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan dia memberikan analogi yang baik; Malaysia kini lemas dari luka yang dalam, apakah kita berhenti sejenak dan merawat luka tersebut selama satu bulan, atau apakah kita membiarkannya membengkak dan menjadi nanah dan kemudian menghadapi kemungkinan perlu diamputasi dua bulan kemudian?" soalnya.


Justeru, Wong Chen menganggap kerajaan perlu membuat keputusan berdasarkan sains dan data.


"Ahli Parlimen Pembangkang, seperti orang lain tidak mempunyai akses kepada sains dan data terperinci.


"Ketua Pengarah Kesihatan mempunyai sains dan data terbaik. Dan dia telah menyatakan secara terbuka selama beberapa hari terakhir, bagaimana sistem kesihatan awam berisiko lumpuh.


"Jadi mengapa kerajaan pintu belakang ini masih tidak membuat keputusan? Di mana kepimpinan dan ketegasan? Mereka mempunyai sains dan data tetapi masih tidak dapat membuat keputusan.


"Tidak ada dasar yang betul atau salah tetapi kerajaan harus membuat keputusan dan kemudian menyampaikan keputusan tersebut dengan berkesan kepada orang ramai," katanya.


Bagaimanapun, Wong Chen bimbang kerajaan masih belum membuat keputusan kerana masih sibuk dengan kelangsungan politik masing-masing, terutamanya selepas Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).


"Mungkin menteri-menteri ini lebih risau akan survival politik mereka sendiri.


"Dengan seorang ahli parlimen UMNO menarik sokongannya, pemerintahan pintu belakang ini tidak mempunyai majoriti lagi dari semalam. Dengan 110 ahli Parlimen, sekarang ini adalah 50% pemerintahan.


"Mereka membawa krisis politik yang tidak dapat diatasi ini, dengan pertama kali mengkhianati Pakatan Harapan (PH) dan kemudian menganiaya rakan baru mereka. Mereka akan segera menghadapi karma politik tetapi itu bukan alasan untuk tidak memimpin rakyat dengan sewajarnya," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page