top of page

Kerajaan dituntut jelaskan penerbangan pesawat China, Israel memasuki Malaysia


Penerbangan mencurigakan 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) menghampiri ruang udara Malaysia pada 31 Mei lalu perlu penjelasan memuaskan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan PN perlu menjelaskan sikap Malaysia berhubung tindakan yang mempunyai unsur-unsur pencerobohan sedemikian.


"Kejadian seperti ini amat membimbangkan serta menimbulkan kecurigaan dan keresahan terhadap kedaulatan negara serta keselamatan ruang udara kita.


"Pujian saya terhadap ketangkasan pasukan TUDM yang segera menggerakkan pemintasan udara dalam mengenalpasti pesawat-pesawat tersebut.


"Saya menggesa Menteri Luar untuk segera laksanakan tugas dengan meminta penjelasan daripada Republik Rakyat China terkait insiden berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu juga menuntut penjelasan lebih terperinci mengenai penerbangan pesawat pengintip Israel melalui ruang udara Malaysia yang dimaklumi dan dibenarkan oleh pihak berkuasa penerbangan negara ini.


"Saya ingin meminta penjelasan lanjut dari kerajaan PN tentang alasan kebenaran yang diberikan kepada pesawat Boeing 737-400 milik syarikat Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta) baru-baru ini kerana ini jelas suatu bentuk pengkhianatan kepada negara," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page