top of page

Kerajaan cari mekanisme turunkan harga tiket penerbangan



Mekanisme terbaik untuk menurunkan kadar tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak sedang diperinci Kementerian Pengangkutan.


Menterinya, Anthony Loke Siew Fook yang ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada semalam berkata perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu dan beliau telah diberi mandat untuk menyelesaikannya.


"Perkara ini ada dibincangkan dan secara prinsip, ia mendapat sokongan daripada Jemaah Menteri, jadi saya akan lihat mekanisme terbaik untuk menentukan harga tiket ketika musim perayaan.


"Saya harap sedikit masa lagi Kementerian Pengangkutan akan dapat membuat pengumuman baik mengenai kadar tiket penerbangan membabitkan penumpang ke Sabah dan Sarawak," katanya.


Mengulas lanjut isu tiket penerbangan itu, Loke turut menjelaskan pihaknya kini juga dalam proses menilai inisiatif baharu untuk pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang turut mengalami masalah sama.


"Mereka ini bukan saja pulang pada musim perayaan, namun turut balik ketika cuti semester dan sebagainya.


"Jadi kita akan memberi keutamaan kepada pelajar IPTA ini dulu, malah kementerian juga sudah mengenal pasti 50,000 pelajar IPTA di Sabah dan Sarawak," jelasnya.


Beliau turut memaklumkan pihaknya juga sudah mengenal pasti peruntukan yang boleh digunakan untuk inisiatif membantu pelajar berkenaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page