top of page

Kerajaan cari kaedah terbaik agih subsidi secara adil - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 19, 2023
  • 1 min read


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan pimpinannya akan terus mencari kaedah bagi memastikan subsidi diberikan secara adil kepada golongan sasaran.


Ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau Parlimen Tambun di Institut Tadbiran Islam (INTIM) Perak di Ipoh pada Khamis beliau berkata, golongan B40 merupakan golongan yang akan terus diberi perhatian dalam pemberian subsidi.


"Minyak misalnya, orang miskin naik motor kita subsidi, orang kaya naik Mercedes pun kita bagi subsidi, kita cari kaedah, yang miskin kita jangan kacau, yang kaya pendapatan RM50,000 sebulan, RM100,000 sebulan, bayar lah, jadi itu tetap jadi dasar kita," katanya.


Sementara itu, Anwar mempertahankan keputusan kabinet untuk pengenaan caj tarif elektrik sebenar pada pengguna yang menggunakan elektrik berlebihan.


Katanya, langkah itu terpaksa dilakukan kerana kerajaan menanggung kos subsidi elektrik terlampau tinggi yang ketika ini turut dinikmati golongan kaya.


Bagi kebanyakan rakyat jelasnya tidak perlu gusar dengan keputusan itu kerana ia tidak akan memberi apa-apa kesan terhadap 80 peratus pengguna elektrik di negara ini.

"Jadi kita ambil keputusan jangan ganggu B40, M40, 80% tidak dibebankan, yang kita kenakan hanya T20, itu pun untuk bayar kos sahaja, bukan kerajaan ambil untung," kata Anwar.


Pada majlis itu juga Anwar selaku Ahli Parlimen Tambun berkata, beliau akan menambah peruntukan bagi masjid dan surau bagi kegiatan penduduk.


"Bagi permohonan untuk besarkan masjid dan surau, saya ingat mudah bawa permohonan, bawa ke pejabat daerah biar mereka selaraskan kemudian diangkat ke pejabat parlimen, itu jadi mudah," katanya.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page