top of page

Kerajaan cari kaedah lebih baik berbanding keluar KWSP



Kebenaran pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terlalu banyak dilakukan pada era pandemik Covid 19 lalu menyebabkan baki simpanan pencarum yang mengecil.


Oleh itu, Kerajaan akan merangka satu kaedah lain bagi membantu rakyat yang terhimpit masalah kewangan berbanding membenarkan mereka mengeluarkan sekali lagi wang simpanan.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasil semakan mendapati jumlah baki dimiliki pencarum sangat kecil dan beliau bimbang masa depan pencarum terjejas sekiranya kerajaan sewenang-wenangnya memberikan satu lagi kelulusan untuk pengeluaran


"Kalau kita tengok orang yang ada simpanan KWSP ini, duitnya sedikit sekali. Jadi saya perlu timbang di antara keperluan mendesak dan masa depan mereka.


"Saya periksa jumlah (simpanan KWSP) yang majoriti pencarum ada, jumlahnya sangat kecil. Jadi lebih baik kerajaan cari jalan lain bagi membantu mereka (pencarum)," katanya.


Terdahulu pada 11 Januari lalu, Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) bekerjasama dengan Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) bagi menyokong Tuntutan Pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar.


Menurut pertubuhan berkenaan, melalui kes-kes dan aduan-aduan diterima mereka, masalah hutang tertunggak, kesusahan dan taraf ekonomi rakyat yang teruk adalah sangat tinggi terutama di era pasca pandemik.


Kelmarin, Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat) pula menyerahkan resolusi meminta kerajaan mempertimbangkan kelulusan pengeluaran wang caruman KWSP sehingga RM30,000.


Presidennya, Khairul Anuar Othman berkata, pengeluaran secara one-off antara RM10,000 hingga RM30,000 itu adalah sebagai penyelesaian jangka pendek dan panjang supaya rakyat tidak terputus perbelanjaan wang tunai.

 
 

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page