top of page

Kerajaan cadang laksanakan Pilihan Raya Belia - Speaker Dewan Rakyat



Kerajaan berhasrat untuk melaksanakan Pilihan Raya Belia bagi memilih perwakilan ke Parlimen Belia, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.


Bercakap kepada pemberita dalam satu perjumpaan bersama agensi media bersempena pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Parlimen, Johari berkata, langkah itu sebagai platform untuk mengasah bakat kepimpinan belia, sekali gus melahirkan pemimpin pelapis yang berkaliber.


"Selepas AUKU diperkenalkan, debat mengenai demokrasi, sistem dan banyak isu sosial lain, seperti disekat. Kesannya sampai ke sekolah dan universiti, pelajar kita jadi tidak berminat dengan politik. Mereka lebih terdorong dengan pencapaian akademik dan berharap untuk dapat kerja yang baik.


"Akhirnya mereka terperangkap dalam satu situasi yang dia tak boleh berubah seperti sepatutnya, apatah lagi untuk jadi pemimpin, kurangnya mereka yang semangat bercakap tentang demokrasi, perkara-perkara berkaitan masyarakat.


"Kini kita nak kembalikan kesedaran kepada belia dengan melahirkan satu kumpulan manusia yang bercakap mengenainya... sebab itu Parlimen Belia satu platform untuk mereka dan mencorak mereka untuk jadi pemimpin," kata Johari dipetik.


Mengulas lanjut mengenai cadangan itu beliau berkata, sekiranya direalisasikan, ia dicadang agar diadakan dua tahun sekali dan individu yang dipilih pula dalam kalangan pengundi berumur 16 hingga 35 tahun.


"Had umur ini bersesuaian. Pelajar yang terpilih dapat kembali ke sekolah atau institusi mereka sebagai pemimpin pelajar, manakala individu dewasa boleh kembali kepada masyarakat sebagai pemimpin setempat.


"Kami akan bekerjasama dengan SPR dan melihat bagaimana pilihanraya itu boleh dilakukan, dan memilih yang terbaik dalam kalangan belia...secara peribadi saya katakan kita harus melabur banyak untuk pemimpin masa depan dan cuba membetulkan apa yang berlaku pada masa ini," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page