top of page

Kerajaan boleh bantu cari solusi terbaik isu MYAirline



Masalah kewangan yang dihadapi oleh syarikat penerbangan MYArline sehingga menyebabkan operasinya digantung secara mengejut mungkin memerlukan solusi tertentu daripada pihak kerajaan untuk membantu syarikat berkenaan.


Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Roland Engan, Kerajaan Madani mungkin boleh memikirkan cadangan untuk membantu mengatasi masalah syarikat penerbangan tempatan itu.


"Dengan semangat Malaysia MADANI, KEADILAN Sarawak merayu semua pihak berkuasa berkaitan seperti Kementerian Pengangkutan, Jabatan Penerbangan Awam dan sebagainya duduk bersama dengan pengurusan MYAirline membincangkan strategi terbaik untuk mengatasi tekanan kewangan tersebut.


"Bersama mencari solusi adalah lebih mulia daripada saling mempersoalkan dan menuding jari yang pastinya berpotensi mengeruhkan keadaan yang dialami MYArline," katanya dalam satu kenyataan.


Roland Engan berkata demikian dalam kemelut terbaharu penggantungan mengejut operasi penerbangan yang dikecam keras oleh Kementerian Pengangkutan kelmarin kerana melibatkan gangguan perjalanan banyak pelanggan yang telah membeli tiket penerbangan syarikat tersebut.


Selain itu, kata beliau, nasib pekerja syarikat juga perlu dibela sekiranya sesuatu yang lebih buruk berlaku.


"Dalam apa pun keadaan, KEADILAN Sarawak menggesa agar langkah segera berkenaan hal-ehwal pekerja MYArline dan penumpang-penumpang yang terjejas oleh penggantungan penerbangan, mesti ditangani bersama dengan serta-merta," katanya lagi.


Kelmarin, syarikat penerbangan tambang Murah MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa pada 12 Oktober 2023.


Menerusi satu kenyataan, syarikat itu berkata, penggantungan tersebut akan berlanjutan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.


Menurut syarikat berkenaan, tekanan kewangan menjadi punca keputusan sukar itu terpaksa dibuat selain menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page